Pengajaran Tentang Doa Yesus Kristus
Sekali lagi Lukas menggambarkan Yesus sedang berdoa (bdk. Luk. 3:21; 6:12; 9:28). Kehidupan doa-Nya menjadi teladan bagi para pengikut-Nya. Oleh sebab doa mencerminkan teologi seseorang, setiap kelompok Yahudi pada abad pertama mempunyai corak doa yang tersendiri, termasuklah pengikut Yohanes Pembaptis. Apabila salah seorang murid meminta diajar untuk berdoa, Yesus memberikan satu pola doa yang bukan bertujuan untuk diulang secara mekanikal (Mat. 6:7), tetapi menyediakan kata-kata yang boleh digunakan oleh para murid dengan keyakinan bahawa doa tersebut selaras dengan ajaran-Nya. Ungkapan “apabila kamu berdoa” (ay. 2) menunjukkan bahawa doa ini dimaksudkan untuk digunakan secara berulang dan berterusan.
1. “Bapa”: Inti Berita Yesus
Perkataan “Bapa” (patēr) menyatakan inti berita Yesus serta hasil karya penebusan-Nya dalam hubungan manusia dengan Allah. Dengan menggunakan panggilan yang akrab tetapi penuh hormat ini, Anak Allah menyatakan hubungan-Nya yang unik dengan Bapa. Besar kemungkinan bahawa dalam setiap doa-Nya, Yesus menggunakan perkataan Aram **Abba** (“Bapa yang dikasihi”), yang diterjemahkan sebagai *patēr* dalam teks Yunani. Pengecualian yang ketara ialah seruan-Nya di atas salib (Mrk. 15:34).
Melalui kematian-Nya yang mendamaikan manusia dengan Allah, Juruselamat memungkinkan kita menjadi anak-anak rohani Allah melalui kelahiran baru. Walaupun kita tidak dapat menggunakan istilah *Abba* dalam pengertian yang sama seperti Anak Allah, terdapat suatu makna di mana kita juga dapat memanggil Allah sebagai “Bapa yang dikasihi” (Yoh. 20:17; Rm. 8:14–17).
2. Permohonan dalam Doa Bapa Kami
Permohonan-permohonan dalam ayat 2–4 lazimnya dibahagikan kepada dua bahagian. Dua permohonan pertama berfokus kepada Allah, manakala tiga yang berikutnya berkaitan dengan keperluan manusia. Namun, semua permohonan itu akhirnya berpusat kepada Allah dan kerajaan-Nya.
Ungkapan “Dikuduskanlah nama-Mu” merupakan satu pengakuan penyembahan yang asas dalam doa. Ungkapan ini mempunyai akar yang mendalam dalam Perjanjian Lama (misalnya Mazmur 111:9) dan dalam doa-doa Yahudi kuno. Kata “dikuduskan” bermaksud “semoga nama-Mu dianggap kudus.” Ia bukan sekadar satu permintaan, tetapi suatu tindakan penyembahan yang meninggikan kekudusan Allah.
Dalam Perjanjian Lama, umat Allah diperintahkan untuk menguduskan nama-Nya (Im. 22:32; Mzm. 79:9; Yes. 29:23). Oleh sebab Israel gagal menghormati nama Tuhan, Allah sendiri berjanji untuk menguduskan nama-Nya supaya bangsa-bangsa mengenal bahawa Dialah TUHAN (Yeh. 36:22–23). Oleh itu, doa ini bukan sahaja memohon agar nama Allah dimuliakan, tetapi juga agar Dia memberi kuasa kepada kita supaya kehidupan kita membawa kemuliaan kepada nama-Nya. Kata kerja bentuk aorist menunjukkan suatu penggenapan yang khusus pada masa hadapan, yang mungkin merujuk kepada kedatangan kerajaan Allah.
3. Datangnya Kerajaan Allah
Dalam doa Kaddish Yahudi, permohonan agar nama Allah dimuliakan segera diikuti dengan permohonan supaya pemerintahan Allah dinyatakan dalam kehidupan umat-Nya. Oleh itu, doa agar kemuliaan dan kerajaan Allah segera dinyatakan sangat sesuai dengan Doa Tuhan, kerana Yesus datang untuk mengumumkan dan membawa kerajaan Allah. Walaupun kepenuhannya masih pada masa hadapan, kerajaan itu telah mula dinyatakan dengan kuasa melalui pelayanan Yesus. Dalam Injil Lukas, frasa yang terdapat dalam Matius, “Jadilah kehendak-Mu di bumi seperti di syurga” (Mat. 6:10), tidak disertakan.
4. Ciri Khas Doa Anak-anak Allah
Setakat ini, selain panggilan “Abba”, kandungan doa ini hampir menyerupai doa seorang Yahudi yang menantikan kedatangan kerajaan Allah. Namun, tiga permohonan berikutnya (ay. 3–4) memberikan identiti yang lebih khas kepada doa ini, kerana ia lahir daripada hubungan seorang anak dengan Bapa.
5. Permohonan Akan Roti
Permohonan pertama yang berkaitan dengan manusia ialah permintaan untuk “roti” (*artos*), yang melambangkan makanan secara umum. Dalam Injil, “roti” sering kali mempunyai makna rohani, merujuk kepada makanan yang Allah sediakan bagi jiwa manusia. Perumpamaan tentang sahabat yang meminta roti (ay. 5–13) menguatkan tafsiran ini, kerana perumpamaan tersebut diakhiri dengan janji bahawa Bapa di syurga akan memberikan Roh Kudus kepada mereka yang meminta kepada-Nya (ay. 13). Bapa-bapa Gereja awal juga memahami “roti” sebagai Firman Allah, Hikmat Allah, atau Tubuh Kristus.
6. Maksud “Roti Sehari-hari”
Makna perkataan Yunani *epiousion* (“sehari-hari”) tidak begitu jelas, maka konteks menjadi sangat penting. Dalam Lukas, permohonan ini boleh difahami sebagai: “Teruslah memberikan kepada kami roti yang kami perlukan setiap hari.” Kata kerja yang digunakan menunjukkan penyediaan yang berterusan.
Ada juga yang memahami *epiousion* sebagai “untuk hari esok,” yang boleh merujuk kepada perjamuan eskatologi, iaitu kelimpahan yang akan dinikmati sepenuhnya apabila kerajaan Allah digenapi. Dalam pengertian ini, Lukas menekankan bahawa berkat masa depan itu sudah dapat dinikmati dalam kehidupan orang percaya pada masa sekarang.
7. Kebergantungan Harian kepada Allah
Perkataan *epiousion* juga boleh bermaksud “mencukupi” atau “yang diperlukan.” Tafsiran ini selaras dengan penekanan Lukas terhadap keperluan hidup masa kini dan mungkin juga menunjuk kepada makanan rohani yang diperlukan daripada Allah.
Pada zaman Yesus, ramai pekerja hanya memperoleh upah untuk sehari. Oleh itu, mereka perlu bergantung kepada Allah setiap hari. Demikian juga bangsa Israel belajar bergantung kepada Tuhan untuk manna di padang gurun (Kel. 16:4; Ul. 8:16). Sementara menantikan penggenapan akhir zaman, orang percaya hidup dengan bersandar kepada pemeliharaan Allah setiap hari.
8. Pengampunan Dosa
Permohonan “Ampunilah dosa kami” menggunakan kata yang biasa untuk “dosa” (hamartia), berbeza dengan istilah “hutang” yang digunakan dalam Matius 6:12. Oleh sebab orang yang berdoa memanggil Allah sebagai “Bapa”, dia sudah menjadi orang percaya yang telah dibenarkan melalui kematian Kristus.
Oleh itu, keperluan untuk mengampuni orang lain bukanlah syarat untuk memperoleh keselamatan, tetapi merupakan syarat bagi menikmati persekutuan yang berterusan dengan Bapa (1 Yoh. 1:5–10). Sebaliknya, seseorang yang enggan mengampuni mungkin menunjukkan bahawa dia belum benar-benar memahami atau mengalami pengampunan Allah (bdk. Luk. 7:47).
9. Janganlah membawa kami ke dalam pencobaan
Permohonan “Janganlah membawa kami ke dalam pencobaan” tidak bermaksud bahawa Allah menggoda manusia untuk berbuat jahat, kerana Yakobus 1:13–15 dengan jelas menolaknya. Sebaliknya, Allah mengizinkan umat-Nya diuji untuk membuktikan kesetiaan mereka (bdk. Luk. 4:1–12; Ul. 6–8).
Perkataan “peirasmos” lebih tepat difahami sebagai “ujian” daripada “godaan”. Walaupun ujian yang berat boleh menjadi kesempatan untuk jatuh ke dalam dosa, permohonan ini pada dasarnya meminta agar Bapa memelihara anak-anak-Nya supaya mereka tidak tewas pada saat pencobaan. Mungkin terdapat juga rujukan kepada pencobaan besar pada akhir zaman. Dengan permohonan inilah Doa Bapa Kami dalam Injil Lukas berakhir, tanpa tambahan penutup yang terdapat dalam beberapa manuskrip Injil Matius.

Yang saya dapat selepas dalam bacaan ini ialah:
Berdoa dengan menggunakan panggilan Bapa dapat menunjukan yang kita rapat dan hormat dengan Allah.Dalam doa kita mesti ada permohonan yang kita ingin,permohonan ini terbahagi kepada dua bahagian iaitu permohonan yang fokus kepada Allah dan yang kedua ialah permohonan keperluan kita,dalam doa kita juga harus mohon agar nama allah dimuliakan supaya kita selalu mengingat kerajaan Allah.Dalam doa juga harus memohan ampun akan dosa-dosa kita supaya kita layak untuk menjadi orang yang dibenarkan melalui kematian kristus, mengampuni orang lain juga penting kerana orang yang enggan mengampuni belum faham atau mengalami pengampunan Allah.Permohonan “janganlah membawa kami ke dalam percobaan”bermaksud Allah mengizinkan umat-nya kena uji dia punya kesetiaan.
Yang saya dapat selepas dalam bacaan ini ialah: Berdoa dapat mengeratkan dan mengekalkan hubungan rohani dengan Tuhan sebagai Bapa Dan Pencipta kami. Selain itu,Tuhan memberikan para murid beberapa kata-kata tersedia untuk mendoa supaya afar diguna terbalik lagi. Untuk mendoa,kita tidaklah semestinya harus sentiasa membuatkan doa kita berbeza setiap Kali bagi Tuhan hanya perlu kita untuk Berdoa dengan sepenuh ikhlas and kasih sayang. Tuhan akan selalu menjawab doa kita dalam pelbagai jenis bentuk respons yang tidak diketahui atau diperasan. Berdoa adalah untuk berkomunikasi dengan Tuhan dan memohon perlindungan,pengampunan atau pujian kepada Dia adalah apa Dia mahu kita lakukan. Doa ini bukan sahaja setakat berkomunikasi tetapi juga untuk hubungan kita sebagai anak dan Dia sebagai Bapa. Konklusinya,berdoa ini adalah salah satu daripada keistimewaan sebagai murid Yesus yang telah diberikan kepada kita daripada Yesus sendiri.
Apa yang saya pelajari selepas baca ialah, doa dapat ketatkan hubungan kita dengan Tuhan. Kerana, doalah caranya sahaja untuk bercakap dengan Tuhan. Selain itu, kita dapat minta tolong kepada Tuhan untuk menolong kita dalam apa sahaja masalah kita hadapi. Hal ini disebabkan kerana, Tuhan menolong kita dan seperti yang disebut dalam ayat ini iaitu, Matius 19:26 “Sambil memandang mereka Yesus menjawab, ‘Hal itu mustahil bagi manusia, tetapi bagi Allah tidak ada satu pun yang mustahil.” Seterusnya, kita dapat minta ampun dosa kita kepada Tuhan. Kesimpulannya, doa ini membuat kita lebih dekat pada Tuhan dan kita dapat beecakap dengan Tuhan melalui doa.
yang saya faham dan pelajari dalam bacaan ini ialah:
kita dapat mengerat kan hubungan dengan Tuhan melalui doa kerana doa ialah cara kita berhubungan dengan Tuhan. Selain itu, kita perlu menggunakan nama bapa pada doa kita untuk menunjukkan kehormatan dan ke dekatan kita sama Tuhan dan kita juga boleh menyembah dan menguduskan nama Tuhan dalam doa kita dengan katakan “Dikuduskanlah nama-Mu. Seterusnya, dalam doa kita boleh meminta permohonan dari Tuhan untuk meminta diri menjadi lebih baik dan meminta pertolongan dari Tuhan ketika kita dalam kesusahan dan juga boleh meminta pengampunan dosa dari pada Tuhan. Akhir sekali, maksud janganlah membawa kami kedalam pencobaan
tidak bermaksud bahawa Allah menggoda manusia untuk berbuat jahat, kerana Yakobus 1:13–15 dengan jelas menolaknya. Sebaliknya, Allah mengizinkan umat-Nya diuji untuk membuktikan kesetiaan mereka.Kesimpulannya berdoa ialah bara satu berkomunikasi dengan Tuhan dan dapat mengeratkan hubungan kita dengan Tuhan dan juga dapat meminta pertolongan atau permohonan dari Tuhan.
Yang saya pelajari selepas saya baca ialah berdoa menggunakan bapa menyatakan hubungan unik dengan bapa.Selapas itu dikuduskan bermaksud nama-mu dianggap kudus ia bukan sekadar suatu tindakan tetapi tindakan penyembahan yang meninggikan kekuduskan allah.Datanglah kerajaan-mu bermaksud supaya pemerintahan allah dinyatakan dalam kehidupan.Permohonan akan roti merujuk kepada makanan yang Allah sediakan bagi jiwa.Janganlah membawa kami ke dalam percobaan Allah mengizinkan umatnya untuk diuju.
Yang saya pelajari selepas saya baca ialah berdoa menggunakan bapa menyatakan hubungan unik dengan bapa.Selapas itu dikuduskan bermaksud nama-mu dianggap kudus ia bukan sekadar suatu tindakan tetapi tindakan penyembahan yang meninggikan kekuduskan allah.Datanglah kerajaan-mu bermaksud supaya pemerintahan allah dinyatakan dalam kehidupan.Permohonan akan roti merujuk kepada makanan yang Allah sediakan bagi jiwa.Janganlah membawa kami ke dalam percobaan Allah mengizinkan umatnya untuk diuju
Apa yang sa sudah belajar dan faham lepas sa baca ni ayat adalah semasa berdoa lebih baik menggunakan bapa kami yang di syorga untuk lebih mudah mengeratkan hubungan kita dengan Tuhan.kita juga boleh berdoa untuk permohonan peribadi kita sendiri doa ada dua jenis doa untuk kita becakap sama Tuhan sama doa apa yang kita mau. Sama, maksud ayat “datangla kerajaan Allah” ialah ‘kerajaan Allah segera dinyatakan sangat sesuai dengan Doa Tuhan, kerana Yesus datang untuk mengumumkan dan membawa kerajaan Allah”. Yang keempat ciri khas doa anak² Allah ialah tiga permohonan berikutnya (ay. 3–4) memberikan identiti yang lebih khas kepada doa ini, kerana ia lahir daripada hubungan seorang anak dengan Bapa.soalan kelima ialah Permohonan pertama yang berkaitan dengan manusia ialah permintaan untuk “roti” (*artos*), yang melambangkan makanan secara umum. Dalam Injil, “roti” sering kali mempunyai makna rohani, merujuk kepada makanan yang Allah sediakan bagi jiwa manusia.soalan keenam ialah maksud roti sehari-hari adalah bermaksud mereka meminta Tuhan memberi mereka roti setiap hari. Soalan ketujuh kebergantungan hidup kepada Allah bermaksud hidup kita ini di tangan Tuhan dan kita tidak dapat hidup jika kita meninggalkan Tuhan dengan sengaja. Soalan kelapan pengampunan dosa bermakud Tuhan kita baik pemaaf dan mudah memaafkan kita semua tanpa dendam. Soalan terakhir yang ke sembilan janganla bawa kami ke dalam pencobaan maksud dia adalah bahawa Allah menggoda manusia untuk berbuat jahat, kerana Yakobus 1:13–15 dengan jelas menolaknya. Sebaliknya, Allah mengizinkan umat-Nya diuji untuk membuktikan kesetiaan mereka. Itu sahaja dari pendapat saya
Yang saya fahami Dari bacaan saya ialah:Berdoa salah satu kepentingan dan keperluan harian bagi kita untuk memastikan kita lebih mengeratkan hubungan kepada Tuhan dan Penghormatan kepada Tuhan.Semasa kita berdoa kepadanya dari situlah kita boleh bercakap dengannya .kita juga perlu doa menggunakan nama bapa di dalam doa kita sendiri seperti “dikuduskanlah nama mu” yang bermaksud semoga nama mu dianggap kudus.
Kesimpulannya ialah
Berdoa ialah sangat penting bagi kita kerana dari doa kita sudah tahu tentang Tuhan walaupun kita sudah berbuat dosa tetapi dari doa dosa-dosa yang lakukan secara sengaja atau tidak sengaja akan dihapuskan dari berdoa kepada Tuhan.
Apa saya telah belajar dalam petikan ini ialah:
Berdoa ialah untuk kita berkomunikasi antara kita dan Tuhan dengan menggunakan panggilan bapa untuk penuh hormat. Kita boleh berdoa di mana-mana sahaja. Kita menggunakan nama seperti “dikuduskanlah nama-mu”, kata ” dikudus” bermaksud “semoga nama-mu dianggap kudus. ”
Doa ini bulan sahaja untuk mohon nama Allah dimuliakan, tetapi dia memberi kuasa kepada kita. Kita juga minta pengampunan dosa, mengguna kata “Ampunilah dosa kami. “
Apa yang saya pelajari dalam teks ini ialah,kita haruslah sentiasa berdoa Dan kita berdoa bukan apabila kita perlu sahaja contohnya kita berdoa sepanjang masa bersama keluarga atau rakan” Dan kita tidak boleh berdoa apabila kita perlu saja.selain itu,apabila kita berdoa kita haruslah mengampuni setiap seseorang agar kita sentia di berkati.
Yang saya dapat selepas dalam bacaan ini ialah:Melalui doa kita dapat menguduskan nama Tuhan dengan satu pengakuan penyembahan dalam doa. Tindakan penyembahan ini juga dapat meninggikan kekudusan Allah. keperluan untuk mengampuni orang lain juga bukanlah untuk memperoleh keselamatan, tetapi untuk menikmati persekutuan yang berterusan dengan Bapa.Bapa juga memelihara anak-anak-Nya supaya mereka tidak tewas pada saat pencobaan oleh saitan. Kesimpulannya jika doa kita tidak dijawab oleh Tuhan, percayalah bahawa Tuhan mempunyai rencana yang lebih baik untuk kita.
Itu sahaja yang saya dapat saya kongsikan.
Yang saya dapat selepas dalam baacaan ini ialah:
Doa boleh mengeratkan Dan juga mengekalkan hubungan kita sama Tuhan kerana kita dapat bercakap bersama Tuhan bila kita berdoa. Selain itu, kita haruslah menggunakan perkataan Bapa dalam doa kita, kerana ia menujukkan kita rapat Dan menghormati pada Tuhan.
Di samping itu, kita patut doa bukan bila kita minta Sahaja, kita perlu doa dengan sukacita yang penuh, kita boleh doa semasa kita sedih, kita boleh doa dengan keluarga dan sahabat-Sahabat kita. Dan juga, Tuhan selalu menjawab doa kita dalam banyak pelbagai jenis respons. Seperti, bila kita berdoa untuk diri sendiri menjadi lebih baik, Tuhan akan jawab dengan membagi kita sahabat yang rapat dengan kita, Tuhan akan memberi sahabat yang akan bersama kita semasa masa yang susah juga dan bukan senang sahaja. Selain itu sahaja, semasa kita berdoa kita boleh menyembah dan menguduskan namanya dengan kata-kata “Dikuduskanlah nama-mu”
Dan juga, Permohonan “Janganlah membawa kami dalam percoboaan” Bermaksud Tuhan mengizinkan umat-nya diuji dengan kesetiaan
Yang saya dapat selepas saya membaca bacaan ini ialah:
Doa ialah cara kita berkomunikasi dengan Tuhan. Selain itu,janji Tuhan adalah pasti dan tidak pernah gagal untuk orang
yang setia. Seterusnya, doa ini bukan
sahaja memohon agar nama Allah
dimuliakan, tetapi juga agar Dia memberi
kuasa kepada kita supaya kehidupan kita membawa kemuliaan kepada nama-Nya.Tambahan lagi, Janganlah membawa kami ke dalam percobaan maksudnya ialah Allah tidak menggoda manusia untuk berbuat jahat Yakobus 1:13-15 sebaliknya Allah mengizinkan
pencobaan untuk ujian dan membuktikan
kesetiaan, Walaupun ujian berat
mempunyai kemungkinan untuk kita jatuh
dalam dosa tetapi melalui permohonan
ini Bapa memelihara anak anaknya untuk
memastikan mereka tidak tewas saat
pencobaan
yang saya dapat selepas membaca bacaan ini ialah:berdoa ialah cara kita berkomunikasi dengan Tuhan dan cara kita untuk mengeratkan hubungan dengan Tuhan.Selain itu,kita haruslah memulakan doa dengan perkataan Bapa kerana itu menunjukkan bahawa kita mengakui Tuhan sebagai bapa kita.Kita haruslah sentiasa berdoa dalam waktu susah ataupun senang.
Yang saya dapat selepas dalam bacaan ini ialah, doa itu bukan perkataan-perkataan yang tidak bermakna. Selain itu, Tuhan memberi tahu kita la anak Allah yang yang mempunyai hubungan dengan Nya. Seterusnya, permohonan dalam doa kita itu ada banyak makna. Contohnya “Dikuduskanlah nama-Mu” kita telah menyerahkan kita kepada-Nya untuk menyembah Dia. Di samping itu, roti dalam doa merujukkan makanan roh Kudus untuk jiwa kita. Kita haruslah berdoakan itu supaya kita boleh bertumbuh akar lebih dalam di dalam Kristus. Kita juga minta permohonan untuk “Janganlah membawa kami ke dalam pencobaan” Allah tidak menggodakan kita kerana Dia sudah memberikan kita ujian untuk membuktikan kesetiaan kita adakah kita akan terus setia atau jatuh dalam dosa mengikut minat dunia. Kita juga minta keampunan dosa, itu bukan maksud kita akan selalu selamat atau kita akan selalu berterusan dengan Bapa apabila kita buat lagi dosa.
Apa yang saya faham ialah kita mesti sentiasa berdoa kerana dengan berdoa kita akan menyerahkan hidup kita ke dalam tangan Tuhan dan berdoa ialah cara kita berkomunikasi dengan Tuhan.Selain itu,berdoa juga dapat mengeratkan hubungan kita dengan Tuhan dengan cara kita mestilah selalu berdoa.kita juga boleh berdoa untuk memohon kepada Tuhan agar mengampuni dosa kita tetapi kita juga harus mengampuni orang lain agar dapat menikmati persekutuan yang berterusan dengan Bapa.Kita juga perlu berdoa supaya Tuhan memelihara kita agar kita tidak tewas pada saat pencobaan.
Yang saya dapat selepas dalam bacaan ini ialah:
Petikan ini mengajar bahawa doa ialah bahagian penting dalam kehidupan orang percaya. Yesus menjadi teladan dengan sentiasa berdoa dan mengajar murid-murid-Nya cara berdoa yang betul. Doa Bapa Kami mengingatkan kita untuk mengutamakan Allah, bergantung kepada-Nya untuk keperluan harian, memohon pengampunan, mengampuni orang lain, dan meminta perlindungan daripada pencobaan. Melalui doa, hubungan kita dengan Allah menjadi semakin erat dan iman kita semakin bertumbuh.
Apa yang saya pelajari ialah:Doa ialah panggilan kita kepada Allah yang akrab Dan kita sentiasa menghormati-Nya.Permohonan dalam Doa ialah,terbahagi kepada dua.Permohon berfokus kepada Allah,satu lagi untuk keperluan kita sendiri.Selain itu,doa agar kemulian Dan kerajaan Allah segera dinyata dengan sesuai dengan doa Tuhan.Seterusnya,Pengampunan Dosa,apabila kita yang berdoa memanggil Allah sebagai “Bapa”,kerana Tuhan sudah menjadi orang percaya kerana telah dibenarkan dengan melalui kematian-Nya di kayu salib untuk kita,Keperluan untuk mengampuni kita semua bukanlah syarat tetapi untuk memperoleh keselamatan,tetapi untuk syarat kita bagi menikmati persekutuan yang berterusan dengan Bapa kita di syurga.Akhir sekali,Janganlah membawa kami ke dalam pencobaan ,Kata ini tidak bermaksud Tuhan mahu menggoda kita untuk berbuat jahat,Sebaliknya,Tuhan mengizinkan kita diuji untuk bukti kesetiaan kita kepada-Nya.
Apa yang saya fahami selepas membaca pengajaran tentang doa yesus kristus ialah doa mencerminkan teologi seseorang.Selepas itu, kita memanggil Tuhan “Bapa” kerana ia menunjukkan keabkraban tapi penuh hormat kita dengan nya. Selain itu, Yesus mati di kayu salib telah mendamaikan hubungan antara kita Dan Tuhan.Di samping itu, perkataan “Allah” mempunyai suatu makna di mana kita juga dapat memanggil Allah sebagai “bapa yang di kasihi”.Bukan itu sahaja, ungkapan”Dikuduskanlah nama-mu”merupakan satu pengakuan penyembahan yang asas dalam dia,dalam dia yahudi kuno.kata “Dikuduskanlah”bermaksud “semoga nama-mu dianggap kudus” ia bukan sekadar suatu permintaan,tetapi Suatu penyembahan yang meninggikan kekudusan Allah
Dengan bacaan ini.Saya telah memahami bahawa kita menggunakan Bapa sebagai hubungan manusia dengan Allah.Selain itu,juruselamat memungkinkan kita menjadi anak-anak rohani Allah melalui kelahiran baru. Seterusnya, saya fahami bahawa saya harus berdoa untuk kedatangan kerajaan Allah.Ini menunjukkan bahawa saya percaya kerajaan Allah akan datang demgan segala kemuliaan walaupun kedatanganya tidak diketahui. Di samping itu, terdapat beberapa permohonan yang berkaitan sama manusia. Pertama, permohonan untuk roti yang melambangkan makanan secara umum.tetapi, dalam injil roti bermakna rohani yang merujuk kepada makanan yang Allah sediakan bagi jiwa manusia. Juga, Tuhan katakan bahawa sesiapa yang meminta Roh kudus pasti akan dapat jika diminta. dengan itu, Lukas katakan bahawa berkat masa depan itu sudah dapat dinikmati dalam kehidupan orang percaya pada masa sekarang. Permohanan kedua, iaitu pengampunan Dosa. kita berdoa untuk mengampun dosa bukan saja untuk memperoleh keselamatan. tetapi untuk merupakan syarat bagi menikmati persekutuan yang berterusan dengan Tuhan . Permohonan Ketiga, iaitu “Janganlah membawa kami ke dalam pencobaan”. ini bermaksud Allah mengizinkan umat-Nya diuji untuk membuktikan kesetiaan mereka. Bukan bermakna Tuhan memberi peluang untuk berdosa. Tuhan memelihara manusia sebagai anaknya supaya tidak tersalah jalan apabila terdapat percobaan. Ini juga menunjukkan kemungkinan sesuata pencobaan besar pada akhir zaman.
Yang saya dapat selepas dalam bacaan ini ialah: saya telaga memahami bahawa doa ialah cara untuk kita menghubungi dengan Tuhan atau memohon dengan Tuhan. Selain itu, saya dapat mempelajari doa yang lebih bermakna dengan contoh Yesus yang berikan. Saya faham apabila kita berdoakan untuk “Datanglah kerajaan Mu” bermakna kita mahu Yesus menurunkan Jerusalem baru nanti masa akan datang dan menyelamatkan umat-umatNya. Kita memanggil Tuhan “Bapa” kerana Dia la yang telah menciptakan langit dan bumi dan semua benda-benda yang hidup. Kita juga meminta roti atau makanan roh kudus dalam doa supaya kita boleh bertumbuh dalam iman.
Apa Yang saya dapat pelajari tentang doa ialah semasa Kita berdoa Kita mestilah
memulakan dengan bercakap bapa yang dikasihi untuk menghormati nya.Dalam doa Kita Ada dua. Pertama ialah permintaan Kita kepada Allah manakala kedua ialah berfokus kepada Allah.Selain doa juga bukan sahaja memohon agar nama Allah dimuliakan, tetapi juga agar dia memberi kuasa kepada Kita supaya kehidupan Kita membawa kemuliaan kepada nama-nya.
Saya telah memahami dengan menggunakan perkataan Bapa, kita menyatakan hubungan yang unik dengan Bapa dan memberikan identiti yang lebih khas, kerana ia lahir daripada hubungan seorang anak dengan Bapa. Doa kita diikuti dengan permohonan yang berpusat kepada Allah dan kerajaan-Nya. Ungkapan “Dikuduskanlah nama-Mu.” ialah suatu tindakan penyembahan yang meninggikan kekudusan Allah. Umat Allah juga diperintahkan untuk menguduskan nama-Nya agar Dia memberi kuasa kepada kita supaya kehidupan kita membawa kemuliaan kepada nama-Nya. Selain itu, “roti” mempunyai makna rohani, iaitu Roh Kudus, Firman Allah, Hikmat Allah atau Tubuh Kristus. “Roti” ini merujuk kelimpahan yang akan dinikmati sepenuhnya apabila kerajaan Allah digenapi. Ketika kita sedih/gembira ataupun melakukan sesuatu pekerjaan, kita perlu bergantung kepada Allah. Semasa doa kita disertai dengan pengampunan dosa, kita sudah menjadi orang percaya yang dibenarkan melalui kematian Yesus. Pengampunan merupakan syarat bagi menikmati persekutuan yang berterusan dengan Bapa. Bagi orang yang enggan mengampuni orang lain, mungkin menunjukkan bahawa dia belum benar-benar memahami pengampunan Allah. Kadang-kadang, Allah mengizinkan umat-Nya diuji untuk membuktikan kesetiaan kita.
Apa yang saya dapat selepas membaja bacaan ini ialah: waktu berdoa kita meggunakan nama panggilan Bapa yang bermaksud yang kita rapat dan mengekalkan hubungan rohani dengan Tuhan.Dalam berdoa juga kita perlu minta pertolongon dari Tuhan dan permohonan yang kita inginin,bukan seperti permohonan yang inginin telefon baru atau mahu berasa kuasa tetapi permohonan yang inginin seperti fokus kepada Allah dan permohonan diampunkan dosa dosa kita.Selain dari itu, dalam doa kita juga perlu memohon agar nama Allah dimuliakan supaya kita tidak akan melupakan kerajaan Allah.
Yang saya telah faham tentang pembelajaran ini ialah doa mempunyai maksud yang sangat dalam.Doa juga membawa berkat,ketenangan dan lain-lain.Doa penting dalam kehidupan harian kita kerana ia mendorong kita dan membawa keselamatan.
Doa juga melindungi kita daripada pencobaan syaitan.
Apa yang saya faham dalam ayat tersebut ialah : tentang Ke bergantungan Harian Kepada Tuhan. Dia mengajar bahawa kita tidak boleh terus mengandalkan manusia kerana setiap manusia tidak dapat memberi kehidupan yang kekal selain yesus keristus dan disina pengajarannya adalah bersandarlah kepada Tuhan keran tiada siapa yang dapat menghapus dosa kita selain Tuhan yang maha penyayang. Seterusnya doa juga salah satu komunikasi antara kita dan Tuhan contohnya kita momohon sesuatu seperti kesihatan tidak semestinya Tuhan akan menjawab keran Tuhan mempunyai caranya senderi yang jauh lebih baik dan oleh itu kita berdoa bukan untuk meminta apa yang kita mau melainkan doa hanya untuk hal yang baik bukan hal yang kita mau. oleh sebab itu Tuhan tidak menjawab doa yang keran kita harus mengikut kehandak Tuhan apapun itu.
Yang saya dapat dari bacaan ini ialah berdoa kepada Tuhan ialah satu masa untuk kita berhubung dengan Tuhan. Berdoa menggunakan perkataan Bapa juga menunjukkan bahawa kita hormat kepada Tuhan. “Roti sehari-hari” bagi saya ayat ini bermaksud Firman Tuhan/Makanan Rohani artinya kita memerlukan Roti/Firman Allah setiap hari dan kita boleh mendapatkan Roti itu dari Alkitab, Renungan, Khotbah dan banyak lagi.
Kesimpulannya, doa kepada Tuhan akan lebih dekat dengan Allah, Tuhan akan sentiasa melindungi kita setiap hari dan Tuhan akan balas doa kami secara fizikal dan mental.
Apa yang saya dapat selepas baca ini ialah:Doa adalah cara kita berhubung dengan Tuhan.Selain itu,Yesus Kristus mengajar kita bhawa doa perlu dilakukan dengan hati yang iklas dan Iman melalui doa kita memohon untuk pengampunan dosa,permohonan untuk tidak dibawa pencobaan Dan roti seharian.Kesimpulannya adalah pengajaran doa Yesus Kristus mengingatkan kita untuk bergantung kepada Tuhan dan percaya bahawa Tuhan sentiasa meyertai kita.
Melalui bacaan ini, saya telah pelajari cara berdoa dengan lebih berkesan kepada Bapa. Hal ini demikian kerana dalam Lukas 11:1-4, Tuhan kita, Yesus Kristus telah mengajar doa yang sempurna juga dikenali sebagai “Doa Bapa Kami”, untuk digunakan oleh kita. Seterusnya, Lukas 11:5-8 telah mengajar saya bahawa kita haruslah jangan berputus asa dalam doa kerana Tuhan mendengar setiap satu doa kita, kita mestilah mempunyai iman berterusan dalam doa kerana Tuhan akan menjawab doa kita pada masa yang tepat dan kita perlulah berserah sepenuhnya kepada Tuhan dalam doa serta menerima jawapan dengan rendah hati. Akhir sekali, Tuhan akan sentiasa memberi kita yang terbaik. Jika kita meminta Tuhan sesuatu melalui doa dan permintaan tersebut tidak mengikut kehendak-Nya, Tuhan tidak akan mengabulkan doa kita kerana itulah yang terbaik untuk kita dalam mata-Nya. Tuhan lebih mengetahui masa hadapan kita. Oleh itu, kita haruslah menerima segala jawapan-Nya dan bersyukur atas perlindungannya terhadap kita daripada hal-hal yang belum kita dapat fahami.
Yang saya dapat dan perolehi dalam bacaan ini ialah:
Berdoa boleh mengeratkan hubungan dengan Tuhan.Doa juga membantu kita berkomunikasi dengan Tuhan.Doa dapat dimulakan dengan menyebut Bapa yang ada di sorga sebagai bentuk rasa hormat dan kedekatan kita kepada Tuhan.Selain itu, doa ialah cara kita sebagai umat Tuhan untuk meminta berkah yang mencukupi kita seperti makanan, perbelanjaan dan hal -hal yang kita perlu kan dalam sehari-hari. Doa juga boleh menjadi alasan kita untuk berkomunikasi dengan Tuhan supaya kita dapat di pimpin agar menjadi individu yang lebih baik. Kesimpulannya, doa adalah satu bentuk kedekatan kita sebagai umat Tuhan dan doa dapat dilakukan di mana-mana, dan bila-bila sahaja.