Apa Masalah Dunia Kita Sekarang?
MENGAPAKAH perkara-perkara dalam dunia ini menjadi rosak? Mengapa ada kesukaran di dalam dunia? Mengapa ada kesakitan, penyakit dan kematian? Mengapakah kejahatan dan penderitaan diizinkan oleh Tuhan? Adakah Tuhan yang baik menciptakan dunia yang jahat? Tuhan tidak pernah menciptakan dunia yang jahat. Dia telah menciptakan dunia ini sebagai suatu dunia yang sangat sempurna. Di dalam dunia ini Tuhan telah tempatkan Adam dan Hawa, lelaki dan perempuan yang sempuma Segala sesuatu dalam penciptaan Tuhan bergetar dengan kebahagiaan yang sempurna. Apabila dunia yang sempurna ini dilepaskan dari tangan Pencipta, maka dunia ini sangat indah dan aman-sentosa. Kesukaan dan tiada kesusahan yang dinikmati oleh penghuni-penghuninya.
HUKUM ADALAH SUATU PANDUAN KEPADA KEBAHAGIAAN
Pada saat Tuhan menciptakan semesta alam maka hukum atau undang-undang menjadi sangatlah perlu. Kalau seandainya tidak ada hukum, gantinya menjadikan kebahagiaan sejati, maka akan ada kekacauan dalam dunia ini. Ada beberapa hukum Tuhan yang diketahui. Umpamanya ada hukum geraviti. Inilah salah satu daripada hukum-hukum yang telah dijadikan oleh Tuhan untuk semesta alam. Menurut hukum ini jikalau kita melangkah keluar atau jatuh dari sebuah bangunan; maka kita akan jatuh ke tanah, kerana daya tarik bumi menarik segala sesuatu ke bumi.
Seandainya Tuhan tidak menjadikan hukum ini. Seandainya kita mesti berpegang kuat-kuat supaya tetap tinggal di atas bumi. Maka dengan jelas kita dapat melihat bahawa hukum geraviti adalah perlu bagi kebahagiaan kita. Sama saja dengan adanya hukum-hukum alam (physical laws) yang mengawal seluruh alam ini, demikian pula, ketika Tuhan menciptakan manusia, la mengadakan hukum-hukum moral (hukum-hukum akhlak) untuk mengawal segala tindakan manusia. Hukum-hukum ini, yang disebut Sepuluh Hukum (atau Hukum Sepuluh), mengajar manusia caranya untuk hidup, caranya menyembah Tuhan dan caranya untuk hidup dengan damai dan tenteram dengan manusia yang lain.
Sepuluh Hukum Tuhan itu terdapat dalam Alkitab, pada fasal yang keduapuluh dalam buku Keluaran. Untuk kemudahanmu maka Sepuluh Hukum itu telan dicetakkan ke dalam lembaran pelajaranmu Kalau saja semua manusia menuruti akan Sepuluh Hukum, iaitu Hukum moral daripada Tuhan, maka semuanya akan hidup dalam kebahagiaan yang sempurna. Pelanggaran terhadap hukum inilah yang telah menyebabkan kesusahan dalam dunia. Marilah kita misalkan dengan hukum kedelapan yang mengatakan, “Jangan mencuri,,, Keluaran 20:15. Apabila seseorang mencuri, maka orang yang kena curi menjadi susah.
Kalau si pencuri itu kena tangkap dan dimasukkan ke dalam penjara, maka ia juga menjadi susah. Samalah juga halnya dengan hukum yang keenam: “Jangan membunuh” Keluaran 20:13. Apabila seseorang membunuh seorang yang lain, maka isteri dan anak-anaknya menjadi susah. Orang yang melakukan pembunuhan itu ditangkap, dimasukkan ke dalam penjara, dijatuhkan hukuman mati, dan ia menjadi susah. Keluarganya pula menjadi susah. Nyatalah bahawa dengan melanggar hukum-hukum Tuhan yang menyebabkan segala kesusahan. Penurutan yang sempurna terhadap kesepuluh Hukum Tuhan yang menyebabkan kebahagian kepada segala manusia. “Berbahagialah orang yang berpegang pada hukum.” Amsal 29:18.
APAKAH DOSA ITU?
Dalam Alkitab, pelanggaraan kepada Sepuluh Hukum itu, dinamakan dosa: “Sebab dosa ialah pelanggaran hukum Tuhan” 1 Yohanes 3:4. Kalau begitu, apakah yang menyebabkan peperangan dan kematian, jenayah dan perbuatan maksiat, tubuh yang pincang dan fikiran yang bingung, perpecahan rumahtangga dan segala sakit hati? Jawapannya ada di dalam Alkitab: Segala perkara ini disebabkan oleh pelanggaran terhadap hukum Tuhan, dan pelanggaran terhadap Tuhan adalah dosa. Dengan demikian dosalah yang menjadi penyebab segala kesukaran dalam dunia
DARI MANAKAH ASALNYA DOSA ITU?
Alkitab bukan hanya menyatakan bahawa dosalah yang menyebabkan segala kesukaran manusia; tetapi Alkitab juga menyatakan dari mana asalnya dosa itu, dan siapakah yang telah memasukkan dosa itu ke dalam dunia ini. Alkitab juga menjelaskan bahawa Tuhansedang berusaha untuk melenyapkan penderitaan dan dosa dari dunia melebihi usaha kita semua, dan bahawa la akan segera berjaya dalam rencanaNya ini. Alkitab menuduh bahawa iblislah yang telah memasukkan dosa ke dalam dunia kita ini. Siapakah iblis itu? Iblis itu pada mulanya adalah seorang malaikat di syurga. Malaikat-malaikat adalah makhluk-makhluk yang diciptakan oleh Tuhan untuk mendiami syurga sebagaimana manusia adalah makhluk-makhluk yang diciptakan oleh Tuhan menghuni bumi.
Malaikat-malaikat adalah tingkatan makhluk yang lebih tinggi daripada manusia. Mereka adalah pelayan-pelayan Tuhan Sebagaimana manusia, maka malaikat-malaikat telah diciptakan dengan tiada berdosa, mereka adalah makhluk-makhluk yang gembira yang gemar mamatuhi hukum Tuhan. Lama sebelum penciptaan bumi ini, di antara malaikat-malaikat Tuhan ada seorang malaikat yang dinamakan Lusifer. Dia adalah seorang pemimpin bagi malaikat-malaikat syurga. la berdiri di sisi takhta Tuhan; Lusifer adalah sempurna. Tuhan telah menjadikannya demikian. Tidak ada dosa yang terdapat padanya. Tetapi dosa telah mula dengan Lusifer.
Alkitab menyebutkan tentangnya, “Engkau tak bercela di dalam tingkah-lakumu, sejak hari penciptaanmu sampai terdapat kecurangan padamu.” Yehezkiel 28:15. Dosa telah mula dalam hati Lusifer. Lalu ia mula dikenal dengan nama iblis, atau Setan. Tuhan tidak menciptakan iblis. Ia telah menciptakan Lusifer, seorang malaikat yang sempurna, dan Lusifer memilih untuk menjadikan dirinya sendiri iblis. Mengapakah malaikat yang sempurna jatuh ke dalam dosa? Tuhan tidak dapat disalahkan atas kejatuhannya. Lusifer mempunyai kuasa yang sama untuk melakukan yang benar sebagaimana makhluk-makhluk yang lain di dalam semesta alam ini.
Sebab yang terutama yang ada dalam Alkitab tentang kejatuhan Lusifer adalah kesombongan dan kedengkian. la mula merasa kurang puas dengan kedudukannya, dengan merasa bahawa seorang yang agung, bijak dan cantik seperti dia mestilah menerima lebih banyak kuasa. la menentukan bahawa dia tidaklah lagi setingkat dengan malaikat; dan ia bermaksud untuk menjadi sama dengan Tuhan Katanya, “Aku hendak naik ke langit,…hendak menyamai yang Mahatinggi.” Yesaya 14:13, 14. Ketika Lusifer menderhaka terhadap pemerintahan Tuhan maka dengan segera ia mencari sokongan dan malaikat-malaikat yang lain. Ia menuduh Tuhan tidak adil serta menyatakan bahawa hukum-hukum Nya adalah terlalu berat. Ia menjanjikan yang jikalau malaikat-malaikat mahu mengikutnya, maka ia akan memberikan kebebasanı kepada mereka sehingga mereka akan tidak lagi terikat dengan undang-undang. Akhirnya satu pertiga daripada malaikat-malaikat di syurga memihak kepada pemimpin penderhakaan, dan peperangan besar terjadilah di syurga. Akibatnya, iblis dengan segala malaikat-malaikatnya telah tercampak dari syurga. Wahyu 12:7-9.
BAGAIMANAKAH DOSA TELAH MASUK KE DALAM DUNIA KITA?
Pelajaran keenam menyatakan bagaimana Tuhan telah menciptakan suatu dunia yang sempurna. Hikayat penciptaan terdapat dalam fasal pertama buku Kejadian. Seluruh hikayat tentang bagaimana dosa telah memasuki dunia kita diceritakan dalam buku Kejadian fasal yang kedua dan ketiga. Engkau dapat membacanya bila engkau ada masa lapang. Di sini kami berikan suatu ringkasan isi kedua fasal itu. Setelah bumi diciptakan, maka iblis pun datang ke Taman Eden untuk memimpin manusia bergabung dengannya dalam penderhakaan.
la hendak menjadikan bumi ini sebagai pusat pemerintahannya. Ia berharap agar dari dunia ini ia akan sanggup mendapatkan kembali kedudukannya di dalam syurga. Ketika Tuhan menempatkan Adam dan Hawa di dalam dunia yang baru diciptakan ini, maka ia telah menempatkan mereka di Taman Eden dengan segala sesuatu yang ada di dalamnya untuk menjadikan mereka gembira dan merasa puas hati. Setiap keperluan manusia telah tersedia. Tidak ada lagi yang diperlukan oleh manusia yang melebihi kelimpahan yang telah disediakan oleh Tuhan Tuhan hanya memberikan satu larangan terhadap Adam dan Hawa.
la telah menyendirikan sepohon pokok di dalam taman itu dan mengamarkan mereka supaya janganlah menyentuhnya sedikit pun, kerana memakan daripada buah pokok ini akan menyebabkan kematian. Pokok ini disebut “pohon pengetahuan tentang yang baik dan yang jahat.” Tuhan mengetahui bahawa iblis akan masuk ke dalam taman itu lalu cuba hendak menyesatkan mereka, sehingga la telah mengamarkan mereka agar jangan mendekati pokok larangan itu, kerana hanya di situlah saja iblis dapat berhubungan dengan mereka. Iblis telah menyamarkan dirinya sebagai seekor ular yang sangat cantik, lalu menantikan peluangnya. Pada suatu hari peluang itu pun tibalah. Hawa berdiri
memandang pokok itu dengan kehairanan. Apabila ia ragu-ragu mendekati pokok larangan itu, maka ia mendengar suatu suara yang meragukan perintah Tuhan: “Sudahkah Tuhan mengatakan, bahawa kamu jangan memakan buah daripada pokok ini?” Iblis mahu manusia meragukan Tuhan dan rencana Nya dalam memberikan hukum-hukumNya. Iblis itu mengatakan kepada Hawa bahawa ia akan tidak mati jikalau ia memakan pokok buah-buahan itu, tetapi sebaliknya, ia akan menjadi bijak seperti Tuhan, yang mengetahui kebaikan dan kejahatan.
Sampai pada masa itu manusia hanya mengetahui yang baik saja. Mereka belum mengalami dosa atau kejahatan. Oh, kalau saja manusia tidak pernah mempelajari tentang kejahatan! Tetapi ibubapa manusia telah tertipu oleh Setan. Mereka telah mengambil akan buah pokok larangan itu. Manusia telah menderhaka kepada Tuhan! Seluruh jalan sejarah manusia telah berubah. Manusia telah memilih seorang pemimpin yang baru. Mereka telah menderhaka kepada Tuhan dan telah mengikuti akan nasihat iblis, musuh Tuhan itu. Pada mulanya manusia adalah pemerintah dunia ini.
Kekuasaan ini telah diperolehi oleh manusia daripada Tuhan; manusia adalah penjaga terhadap semua ciptaan Tuhan. Tetapi melalui dosa manusia telah kehilangan kepemimpinannya. Sekarang iblis mengumumkan bahawa dunia adalah miliknya sendiri, dan ia mengaku sebagai pemimpin dunia ini. Manusia telah menjadi hamba Setan. Kerapkali kita mahu melakukan yang baik, tetapi kita dapati yang kita telah melakukan yang sebaliknya. Mengapa? Sebab musuh kita yang tidak kelihatan, iblis, telah menggoda kita untuk melakukan yang salah. Dia adalah seorang perancang ulung yang tidak kelihatan oleh mata manusia yang menyebabkan kebencian, pergaduhan, jenayah, peperangan serta segala dosa yang mungkin ada.
AKIBAT-AKIBAT DOSA
Engkau boleh membaca di dalam Alkitab akan akibat-akibat dosa yang mengerikan sebagaimana yang diceritakan dalam buku Kejadian 3:8-24. Di bawah ini diberikan suatu ringkasan akibat-akibat dosa yang disusun daripada ayat-ayat itu. Setelah Adam dan Hawa memakan buah larangan itu, Tuhan telah melawat mereka di Taman Eden. Ketika Tuhan memanggil mereka “bersembunyilah manusia dan isterinya terhadap Tuhan Tuhan di antara pohon-pohon di dalam Taman.” Kejadian 3:8. Dengan demikian hubungan muka dengan muka secara peribadi antara manusia dengan Tuhan telah terputus. Segera setelah dosa masuk, terus terjadi suatu perubahan di dalam dunia.
Dengan dosa masuklah duri-duri, unak dan rumput duri di tempat yang tadinya terdapat bunga-bungaan. Tanah telah dikutuki. Kuman-kuman penyakit mula membiak, sehingga udara sendiri menjadi cemar. Daun-daun dan bunga-bunga mula menjadi layu; keindahan alam telah menjadi rosak. Pekerjaan menjadi tidak menarik hati lagi, dan kehidupan menjadi suatu beban. Penyakit dan kesakitan telah terdapat di mana-mana. Manusia mula mengisafi akan malapetaka dosa. Sementara manusia makin bertambah-tambah di atas muka bumi, maka akibat-akibat daripada dosa kelihatan dalam bentuk kedengkian, pergaduhan dan peperangan di antara bangsa-bangsa.
Manusia mula saling membinasakan. Peta atau gambar daripada Tuhan mula lenyap daripada hati segala manusia. Kasih yang telah Tuhan tanamkan dalam hati manusia telah bertukar dengan perasaan curiga dan kedengkian. Akibatnya adalah kesusahan, kesengsaraan, kemiskinan, malapetaka, sakit hati dan air mata kepahitan. Yang paling dahsyat daripada semua, dosa telah diikuti oleh kematian. Kematian atas segala tanam-tanaman dan pokok-pokok, kematian atas segala burung-burung dan binatang-binatang, dan kematian atas manusia. Adam telah mati kerana dosa. Sejak itu segala manusia telah menghadapi kematian, kerana semuanya telah berdosa. Roma 5:12. Dengan demikian kita telah mengetahui akan hikayat asal mulanya dosa, yang telah membawa kebinasaan dan kematian.
SIAPAKAH YANG BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP DOSA?
Mengapakah Tuhan tidak menciptakan makhluk-makhluk yang tidak sanggup berbuat dosa? Tuhan dapat menjadikan malaikat-malaikat dan manusia tanpa kemungkinan berbuat dosa. Dia dapat menjadikan kita tanpa kuasa untuk memilih. Pencipta boleh saja menaruhkan instink (pembawaan alam) dalam tubuh kita dengan sangat besarnya sehingga tidak mungkin kita menderhaka kepadaNya. Kalau la telah menjadikan kita demikian, maka kita tidak lebih daripada mesin-mesin, atau yang paling baik adalah seperti binatang saja. kalau memang begitu caranya, maka manusia akan tidak dapat berfikir sendiri.
Maka Tuhan memberikan kepada manusia kuasa untuk memilih, kuasa untuk mengasihi, untuk berfikir dan untuk melakukan sesuatu. Bukanlah rencana Tuhan supaya ada dosa. Tetapi la mempertaruhkan manusia mungkin berbuat dosa bila la memberi kuasa memilih kepada mereka, ketika la berkata, “Pilihlah pada hari ini kepada siapa kamu akan beribadat.” Yosua 25:14. Lusifer telah memilih untuk menderhaka. Ia telah memilih untuk tidak mengasihi Tuhan, betapa pun ajaibnya Tuhan itu. la memilih untuk menjadi iblis.
Itulah perbuatan dosa. Adam dan Hawa telah ditipu oleh iblis. Itulah perbuatan dosa. Maka sekarang ada dua kuasa yang bekerja di dalam dunia ini untuk mencari atau memenangkan kesetiaan daripada setiap orang. Yang satu adalah kuasa mengasihi yang berasal daripada Tuhan Yang lain kuasa kejahatan dan kebencian yang berasal daripada iblis. Yang pertama berusaha hendak menyelamatkan. Yang lain berusaha hendak membinasakan. Engkau dan saya harus memilih kepada siapa kita akan beribadat, kepada Tuhan atau kepada iblis.
SIAPAKAH YANG BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP DOSA?
Tetapi manusia bukanlah telah kehilangan pengharapan. Sejak manusia berbuat dosa pada mulanya, generasi atau keturunan telah silih berganti. Iblis telah cukup lama memerintah di dalam dunia ini yang membuktikan benarnya Tuhan dan betapa salahnya iblis itu. Semua penghuni semesta alam kini harus yakin bahawa dosa tidaklah pernah membawa faedah, dan jalan Tuhan adalah yang terbaik. Tuhan berencana dalam masa yang singkat untuk membinasakan iblis dan dosa serta akibat-akibatnya daripada dunia ini. Apabila akhirnya Tuhan berfirman tentang dosa, “Sudahlah genap,” maka semuanya itu akan lenyap selama-lamanya. Dosa “tidak akan timbul dua kali.” Nahum 1:9.
Segala akibat dosa akan menjadi sangat nyata kepada seluruh alam semesta sehingga setiap kemahuan untuk berbuat dosa akan hilang. Tidak lama kelak Tuhan akan menjadikan suatu dunia yang baru dan sempurna yang lain daripada dunia kita yang berpenyakit dosa Bagaimana dengan manusia? Kalau bukan kerana kasih Tuhan bagi manusia, maka manusia tidak mempunyai pengharapan. Kerana akibat daripada melanggar undang-undang kehidupan, maka manusia mati. Tetapi Tuhan tidak meninggalkan manusia tanpa pengharapan. “Sebab upah dosa ialah maut, tetapi karunia Tuhan itulah hidup yang kekal dalam Yesus, Tuhan kita.” Roma 6:23. Tuhan telah memberi kepada manusia pengharapan bagi kehidupan setelah kematian-kehidupan yang kekal. Tuhan mempunyai satu rencana untuk menyelamatkan, suatu rencana untuk memulihkan manusia dari kematian; suatu rencana untuk menjadikan manusia sempurna semula, suatu rencana untuk menempatkan manusia semula ke dalam dunia baru yang sempurna.
