YESUS ADALAH TUHAN YANG NYATA

DENGAN tidak menghiraukan segala pendapat peribadi, sebahagian besar daripada manusia di dalam dunia masih mengakui Yesus sebagai orang yang terbesar keperibadianNya di dalam sejarah. Sepanjang berabad-abad lamanya, raja-raja telah mengkagumi keagunganNya, para ahli falsafah mengkagumi akan kebijaksaanNya yang mendalam, para doktor akan kuasa menyembuhkanNya, para guru atas pengertianNya yang mendalam. Sekarang ini, la masih menjadi pusat pola dalam sejarah dunia, kerana segala peristiwa sepanjang masa diberi tarikh sebelum atau sesudah Yesus. Sudah hampir dua ribu tahun telah berlalu sejak la hidup di atas bumi ini, namun nama Yesus terus menjadi berkat bagi umat manusia. 

Tidak dapat dinafikan, Yesus adalah manusia yang paling luarbiasa yang pernah hidup, seorang yang mempunyai tabiat yang paling masyhur sepanjang masa. Sesungguhnya Yesus telah memperkaya segala sesuatu yang agung dan yang bernilai dalam kehidupan. Pengajaran Nya dan pengaruhnya adalah jauh melebihi daripada orang terpelajar yang teragung dalam dunia. Tidak ada catitan bahawa Yesus telah melukis suatu lukisan, namun pelukis yang termasyhur dalam sejarah telah menerima ilham daripadaNya. 

Yesus tidak pernah menggubah syair namun berpuluh-puluh penyair yang teragung dalam dunia telah menerima inspirasi atau ilham daripadaNya. Dia tidak pernah menghasilkan suatu lagu, namun lagu yang teragung dalam dunia telah dituliskan oleh manusia yang mendapat ilham daripadaNya. Demikianlah setiap segi daripada kebudayaan, setiap tingkat kehidupan, telah diperkaya dengan sangat ajaib oleh kehidupan Yesus. Tetapi yang paling agung dari semua, bahawa Yesus telah berikan keselamatan bagi manusia, dan pengharapan bagi kehidupan yang kekal dalam dunia yang tak berdosa di masa hadapan.

Ada seorang yang telah mengadakan kesimpulan dengan benar: “Sesungguhnya saya adalah tepat apabila saya berkata bahawa segala askar yang telah berarak, dan semua angkatan tentera laut yang pernah dibentuk, dan semua dewan rakyat yang pernah bersidang, serta segala raja yang pernah memerintah, semuanya digabung bersama-sama, belum dapat mempengaruhi kehidupan manusia di atas bumi ini melebihi pengaruh kehidupan satu orang-kehidupan Yesus.” Yesus telah menembusi segala sempadan kebangsaan. 

Sekarang ini la dikasih: oleh semesta alam dan disembah di setiap negeri. Namanya terdengar dalam nyanyian dan sembahyang yang melebihi seribu jenis bahasa di seluruh dunia sekarang ini. Dengan menghitung akan pengaruhNya yang tiada taranya serta keperibadianNya yang tak ada tandingannya, Alkitab mengatakan,” Yesus adalah semua dan di dalam segala sesuatu.” Kolose 3:11.

Berabad-abad sebelum Yesus lahir, telah diramalkan di dalam Alkitab bahawa la akan dilahirkan oleh perawan Maria. Yesaya 7:14. Telah juga diramalkan bahawa la akan dilahirkan sebagai seorang bayi di Betlehem. Mikha 5:2. Tetapi Yesus, anak seorang perawan, adalah jauh melebihi seorang manusia, kerana telah juga diramalkan di dalam Alkitab bahawa la akan menjadi “Tuhan yang Perkasa.” Yesaya 9:5. Nubuatan-nubuatan yang menyatakan bahawa Yesus akan dilahirkan oleh seorang. perawan di Betlehem, hidup sebagai seorang manusia di antara manusia, walaupun la adalah Tuhan, hanyalah tiga saja dari antara lebih daripada tiga ratus nubuatan tentang Yesus sejak lebih daripada lima ratus tahun sebelum la lahir. 

Nubuatan-nubuatan yang luarbiasa ini semuanya tercatit di dalam Kitab Perjanjian Lama dalam Alkitab. Segala kegenapan nubuatan-nubuatan itu ada tercatit dalam Kitab Perjanjian Baharu dalam Alkitab. Oleh kerana semua nubuatan itu telah digenapi setelah lima ratus tahun sejak dituliskan, maka semuanya itu meneguhkan iman kita terhadap Alkitab, Kitab Tuhan, dan juga iman kita di dalam Yesus, Tuhan yang Perkasa. Pada bahagian belakang lembaran pertanyaanmu engkau akan menjumpai beberapa daripada nubuatan ini ada terdaftar tentang Yesus, yang semuanya telah digenapi dalam kehidupanNya di atas dunia ini. 

Oleh kerana semua nubuatan ini telah digenapi di dalam kehidupan Yesus, bagaimana kita mungkin gagal dalam mempercayai bahawa Yesus adalah Tuhan? Selama perkhidmatanNya di atas dunia ini, la menunjukkan diri Nya adalah Anak Tuhan Matius 27:43. Petrus, setelah hidup bersama-sama dengan Yesus selama tiga tahun, mengaku kepadaNya, “Engkau adalah Mesias, Anak Tuhan yang hidup.” Matius 16:16. Bila Yesus menjadi dewasa serta hendak memulakan tugasNya, Tuhan sendiri memaklumkan dari syurga dengan suara yang bergemuruh, “Inilah Anak yang Kukasihi, kepadaNyalah Aku berkenan.” Matius 3:17.

Alkitab menjelaskan bahawa Yesus adalah satu dengan Tuhan dan Dia adalah Tuhan. Yesus berfirman, “Aku dan Bapa adalah satu.” Yohanes 10:30. Orang-orang bertanya, Bagaimana mungkin Tuhan Bapa dan Yesus Anak adalah satu? Jawapan yang paling sederhana adalah, Mereka satu dalam maksud dan rencana, satu dalam kasih dan tindakan, dalam fikiran dan tabiat, namun masing-masing berbeza dalam peribadi. Kita tidaklah perlu menyusahkan tentang Ke-Tuhanan daripada la Yesus. Tuhan Bapa bertakhta pada satu arasy yang sama dengan Yesus.

YESUS MENJADI MANUSIA

Walaupun Yesus adalah Tuhan yang turun ke dunia kita ini, la telah datang sebagai seorang manusia. Di dalam Yesus, Tuhan “telah manjadi manusia, dan diam di antara kita.” Yohanes 1:14. Dia “menjadi sama dengan manusia.” Filipi 2:7. Fikirkanlah! Tuhan yang perkasa menjadi manusia. Tuhan menyatakan diriNya dalam rupa manusia. la mengambil bagi diriNya keadaan manusia. la menyelubungi keilahianNya dengan kemanusiaanNya. Kenyataan yang ajaib ini disebut sebagai “rahsia ibadah.” 1 Timotius 3:16. Sementara kita mungkin belum memahami rahsia yang agung ini dengan sepenuhnya, namun kita pasti dapat mengkagumi, menerima dan mempercayainya.

Dosa membawa suatu perpisahan di antara Tuhan dan manusia. Dengan mengambil rupa manusia, Yesus mempersatukan semula Tuhan dan manusia. KeilahianNya mempersamakan Dia dengan Tuhan dan kemanusiaanNya mempersamakan Dia dengan manusia. Di dalam Yesus,Tuhan dan manusia bertemu, dan diperdamaikan. Dalam suatu desa ada seorang wanita Kristian yang sedang mengajar seorang lelaki yang terpelajar di kawasan pasar. Lelaki itu mendengarkannya dengan sopan, tetapi sejenak kemudian, lelaki itu menyela, “Puan, engkau bertutur dengan baik, tetapi mengapa engkau selalu bertumpu pada Yesus. 

Biarkan Yesus itu. dan katakanlah kepadaku tentang Tuhan.” Wanita itu menjawab, “Tuan, dapatkah kita mengetahui tentang Tuhan tanpa mengenal Yesus?” Yesus adalah gambaran yang tepat daripada tabiat Tuhan dan “Tuhan adalah kasih.” 1 Yohanes 4.8. Yesus adalah cermin dan memantulkan kasih Tuhan ini. la menerangkan kasih Tuhan kepada pengertian kita yang cetik, menjadikannya dapat dilihat dan mudah difahami oleh kita.

Ayah telah berpergian dari rumah, dan anaknya laki-laki berdiri menatapi sebuah gambar ayahnya. “Mengapa engkau menatapi gambar itu lama-lama?” tanya emak anak lelaki itu. “Oh,” jawab anak itu dengan penuh perhatian, “Saya mahu jika sekiranya ayah dapat melompat keluar dari gambar itu.” Budak lelaki itu menyatakan kerinduan terbesar dan terkandung dalam hati manusia. Berabad-abad lamanya manusia telah memandang kepada gambaran Tuhan di dalam Alkitab, rindu agar Tuhan melangkah keluar daripada gambaran itu. Dan Tuhan melakukan tepat seperti itu bila la menjadi seorang manusia dan hidup di antara manusia.

Kekristianan lebih daripada suatu rangkaian falsafat. Kekristianan adalah suatu hubungan yang berbahagia yang memberi kepuasan dengan Seorang-Seorang yang paling ajaib yang pernah hidup, Yesus. Hati manusia tidak dapat menjadi puas dengan Tuhan yang tidak berperibadi, sehingga Yesus, Anak Tuhan yang ilahi menjadi Anak manusia bagi kita. Sebagai seorang manusia, Yesus menyatakan Tuhan kepada kita sebagai Seorang Peribadi. Dengan demikian kita dapat memahami Tuhan sepenuhnya di dalam Yesus. Oh sungguh ajaib!

SEBAGAI TUHAN, YESUS TELAH ADA SEJAK KEKEKALAN

Kehidupan Yesus bukanlah bermula dengan kelahiranNya di bandar Betlehem pada kira-kira seribu sembilan ratus tahun yang lalu. Ketika la menjadi dewasa, la sendiri memaklumkan, “Aku telah turun dari syurga.” Yohanes 6:38. Yesus telah bersama-sama dengan Tuhan sebelum penciptaan dunia. la telah bersama-sama dengan Tuhan “sebelum dunia ada.” Yohanes 17:5. Yang sebenarnya, “permulaanNya sudah sejak purbakala, sejak dahulu kala.” Mikah 5:1. Yesus telah selalu ada, kerana la adalah Tuhan.

SEBAGAI TUHAN, YESUS YANG MENCIPTAKAN DUNIA KITA INI

Alkitab mengatakan bahawa Yesus bekerjasama dengan Tuhan Bapa dalam. penciptaan. “Tuhan, yang menciptakan segala sesuatu…dalam Yesus.” Efesus 3:9-12. Malahan Alkitab mengatakan tentang Yesus, “Segala sesuatu dijadikan oleh. Dia.” Yohanes 1:3. Dengan perkataan-perkataan yang keluar daripada bibirNya yang mempunyai kuasa yang tidak terhad, Yesus yang kekal membentuk matahari, bulan, dunia dan manusia. 

Dia adalah Yesus-Pencipta, dan kepada kita la menghantar berita yang menyelamatkan: “Jadi, siapa yang ada di dalam Yesus, ia adalah ciptaan baru; yang lama sudah berlalu, sesungguhnya yang baru sudah datang.” 2 Korintus 5:17. la mempunyai kuasa untuk menciptakan hidup yang baru di dalam kita. Kita dapat menghidupkan suatu kehidupan yang baru dan yang lebih baik melalui daya cipta Yesus Yang kita perlukan hanyalah dengan menjemputnya, “Marilah, Oh marilah masuk ke dalam aku sekarang juga.” Maka la akan memenuhi kehidupan kita dengan kesukaan, damai dan kebahagiaan.

SEBAGAI MANUSIA-TUHAN, YESUS TELAH MENGHIDUPKAN SUATU KEHIDUPAN YANG TAK ADA TANDINGANNYA

Kepada musuh-musuhNya, yang berusaha hendak membunuhNya, Yesus mencabar, “Siapakah di antaramu yang membuktikan bahawa Aku berbuat dosa?” Yohanes 8:46. Mereka tidak dapat menjawab Nya, sebab mereka tidak mempunyai bukti walau sedikit pun bahawa Yesus melanggar hukum. Orang yang mengadili Yesus, setelah memeriksaiNya dengan saksama, terpaksa mengaku, “Aku tidak mendapati kesalahan apa pun pada orang ini.” Lukas 23:4. Dengan bahasa yang jelas, Petrus, seorang yang pernah hidup bersama-sama dengan Yesus selama tiga tahun lamanya, menyatakan bahawa Yesus “tidak berbuat dosa.” 1 Petrus 2:22.

Iblis melakukan usaha yang terus-menerus dan sungguh-sungguh untuk menggoda Yesus ke dalam dosa. Tekanan penggodaan telah mencapai ukuran sedemikian besar, bila Yesus bergelut di dalam taman sebelum kematianNya di atas salib, sehingga berpeluh dengan banyak titisan darah. Lukas 22:24, “sama dengan kita la telah dicubai, hanya tidak berbuat dosa.” Ibrani 4:15. Di tengah-tengah penggodaan-penggodaan yang lebih besar bagi manusia, namun Yesus tetap tidak berbuat dosa. Oleh sebab Yesus telah mengalami segala masaalah dan penggodaan dalam kehidupan, maka la mengerti akan masaalah kita, penggodaan-penggodaan kita, dan keperluan-keperluan kita: la sanggup “merasakan kelemahan-kelemahan kita.” Ibrani 4:15.

Yesus telah menaklukkan penggodaan dan menghidupkan suatu kehidupan yang tidak berdosa, dan kini la sedang menawarkan kepada kita hidupNya yang tidak berdasa ditukarkan dengan hidup kita yang berdosa. “Dia yang tidak mengenal dosa telah dibuatNya menjadi dosa kerana kita, supaya dalam Dia kita dibenarkan oleh Tuhan.” 2 Korintus 5:21.

Kasih yang demikian hampir melewati pengertian manusia yang terhad. Tetapi kita dapat memahaminya lebih baik.dengan suatu perbandingan manusia. Misalkan ada seorang peminta sedekah, dengan pakaiannya yang copang-camping dan kotor-bolor, berjumpa dengan engkau di jalan. Dengan melihat pakaiannya yang kotor-bolor serta menginsafi pakaianmu yang baru dan bersih, maka hatimu telah tergerak dengan penuh kasih untuk menukarkan pakaianmu dengan pakaiannya. Yesus telah menawarkan kepada kita suatu penukaran yang jauh lebih bernilai. la mahu menukarkan kehidupanNya yang tidak berdosa dengan kehidupan kita yang penuh dengan bekas dan pukulan dosa. Mengapakah Yesus telah datang dan menghidupkan suatu kehidupan yang tidak berdosa? la mahu sampaikan hidupNya ini kepada kita. “Yesus datang ke dunia untuk menyelamatkan orang berdosa.” 1 Timotius 1:15.

SEBAGAI MANUSIA-TUHAN, YESUS TELAH MATI HENDAK MEMBERI HIDUP KEKAL BAGI KITA

Manusia telah berbuat dosa. Hukuman dosa bukanlah hanya kematian jasmani, tetapi adalah kematian yang kekal. Tiada seorang pun yang dapat menyelamatkan manusia yang lain daripada hukuman kematian yang kekal ini. Tetapi Yesus, Orang Yang Tidak Berdosa, berkata, “Aku akan mati ganti manusia.’ “Akan tetapi Tuhan menunjukkan kasihNya kepada kita, oleh kerana Yesus, telah mati untuk kita, ketika kita masih berdosa.” Roma 5:8. Kerapkali kita membaca dalam akhbar tentang lelaki dan wanita yang gagah-perkasa yang rela mati untuk orang-orang yang lain. Beberapa masa yang lampau ada suatu kisah tentang seorang peramugari yang terbakar sampai mati setelah membebaskan

ramai penumpang daripada kapalterbang yang sedang terbakar. Baru-baru ini orang-orang tertarik dengan berita tentang seorang budak lelaki kecil yang terbungkus dengan asap sementara ia pergi hendak menyelamatkan saudara-saudaranya lelaki dan perempuan, dan ada lagi seorang ibu yang masuk ke dalam api yang bernyala-nyala untuk menyelamatkan anaknya. Kita merasa sangat terharu apabila membaca keperkasaan yang demikian, keberanian yang demikian, kasih yang demikian. Semua tindakan yang tidak mementingkan diri ini menjadikan kita sangat menyayangi semua pahlawan tadi. Orang yang telah diselamatkan itu akan sangat bersyukur.

Sama seperti itu juga, Yesus adalah pahlawan seluruh umat manusia. Yesus telah mati untuk engkau. la mati untuk aku. la mati untuk semua orang! la mati ganti kita. Melalui kematian Nya, “kita hidup dalam damai sejahtera dengan Tuhan oleh kerana Tuhan kita, Yesus.” Roma 5:1. Lebih banyak lagi yang kita perolehi: “Sebab upah dosa ialah maut; tetapi kurnia Tuhanialah hidup yang kekal dalam Yesus Tuhan kita.” Rorna 6:23. Yesus menghendaki bukan saja agar kita mendapat kehidupan yang lebih berbahagia sekarang ini, tetapi juga kehidupan kekal dalam dunia yang akan datang.

SEBAGAI MANUSIA-TUHAN, YESUS TELAH BANGKIT DARI KUBUR

Yesus bukanlah manusia yang mati; la adalah Manusia-Tuhan yang hidup. Kalau seandainya Dia telah mati, apakah yang dapat diperbuatNya bagi kita? Tidak ada sedikit pun! Ada pemimpin-pemimpin ugama yang memberikan kebenaran yang besar kepada dunia. Mereka telah mempengaruhi kehidupan manusia yang berjuta-juta, tetapi mereka tidak mempunyai kuasa untuk memberi kehidupan. Tetapi Yesus adalah seorang Juruselamat yang hidup. Beratus-ratus tahun sebelum Yesus datang ke dalam dunia ini dan mati di atas salib, Alkitab telah menubuatkan bahawa pada hari yang ketiga la akan bangkit kembali. Hosea 6:2. Dan pada hari yang ketiga setelah kematianNya Yesus telah bangkit, menjadi Pemenang atas kematian. Matius 28:1-9. Sesudah kematian Nya la pun bangkit dan memaklumkan, “sebab aku hidup dan kamu pun akan hidup.” Yohanes 14:19. Janji ini meliputi:

  1. Yesus yang telah bangkit menjanjikan suatu kehidupan baru sekarang juga kepada mereka datang meminta pertolongan kepadaNya. Dalam Juruselamat yang telah bangkit setiap orang percaya yang sungguh-sungguh diberi kepastian adanya seorang Teman yang terus-menerus, seorang Penolong ilahi, dan seorang Pemandu yang tidak pernah gagal
  2. Yesus yang telah bangkit menjanjikan untuk membangkitkan dari kematian dan dari kubur bagi semua mereka yang menerima Dia sebagai Juruselamat dari dosa, lalu memberikan mereka hidup dan damai yang kekal.

SEBAGAI MANUSIA-TUHAN, YESUS TELAH NAIK KE SYURGA

Setelah empat puluh hari bangkit dari kubur, Yesus telah naik ke syurga. Kisah 1:9-11

NUBUATAN MEMBUKTIKAN BAHAWA YESUS ADALAH ANAK TUHAN

KELAHIRANNYA

  • Mikha 5:1Tempat kelahiran-Bethlehem | KEGENAPAN – Matius 2:1
  • Yesaya 7:14 – Dilahirkan oleh seorang anak dara | KEGENAPAN – Matius 1:18-23
  • Kejadian 49:10Daripada Suku Yehuda | KEGENAPAN – Ibrani 7:14
  • Yesaya 11: 1 – Keluarga Isai-Daud | KEGENAPAN – Wahyu 22:16
  • Hosea 11:1Akan berada di Mesir | KEGENAPAN – Matius 2:13-15

PEKERJAANNYA SELAMA HIDUP

  • Yesaya 61:1-3Memberitakan pembebasan | KEGENAPAN – Lukas 4:16-21
  • Ulangan 18:15Seorang nabi (Matius 24) | KEGENAPAN – Kisah 7:37
  • Yesaya 9:1, 2Terang Dunia | KEGENAPAN – Matius 4:12-16
  • Yesaya 53:4Penyembuh Agung | KEGENAPAN – Matius 4:23, 24
  • Yesaya 40:11Gembala Yang Baik | KEGENAPAN – Yohanes 10:11, 14
  • Zakharia 9.9Masuk ke Yerusalem dengan kemenangan | KEGENAPAN – Matius 21:1-11

PENGKHIANATAN TERHADAPNYA

  • Mazmur 69:8 – Ditolak oleh kaum Nya | KEGENAPAN – Yohanes 1:10, 11
  • Mazmur 41:9Dikhianati oleh seorang kawan | KEGENAPAN – Yohanes 13:18, 26 
  • Zakharia 11:12Harga pengkhianatan-30 wang perak | KEGENAPAN – Matius 26:14-16
  • Zakharia 11:13 – Wang perak dibelikan Tanah Tukang Periuk | KEGENAPAN – Matius 27:3-7
  • Yesaya 50:6Dipukuli dan diludahi | KEGENAPAN – Matius 26:67
  • Mikha 4:14Dipukuli dengan sebatang tongkat | KEGENAPAN – Matius 27:30
  • Yesaya 53:7Tetap diam selama penyiksaan | KEGENAPAN – Matius 27:14
  • Zakharia 13:7Ditinggalkan oleh para pengikutNya | KEGENAPAN – Matius 26:31, 56

KEMATIANNYA

  • Zakharia 12:10Cara kematianNya | KEGENAPAN – Yohanes 19:18, 34
  • Mazmur 22:17Kaki dan tangan dilukai | KEGENAPAN – Yohanes 20:25, 27
  • Yesaya 53:9, 12Dikuburkan dengan orang kaya-kaya | KEGENAPAN – Matius 27:57-60
  • Yesaya 53:9Mati dengan orang penjenayah | KEGENAPAN – Markus 15:27, 28
  • Mazmur 22:8, 9Para penyiksa mengolok-olok Nya | KEGENAPAN – Matius 27:39-40
  • Mazmur 22:2Teriakan keluhanNya-perkataan yang sama | KEGENAPAN – Matius 27:46
  • Mazmur 69:22Diberi minum anggur asam dan air hempedu | KEGENAPAN – Yohanes 19:28-30
  • Mazmur 22:19Pakaian Nya dibahagi-bahagi dengan membuang undi | KEGENAPAN – Yohanes 19:36
  • Mazmur 34:21Tiada satu pun tulang Nya yang telah dipatahkan | KEGENAPAN – Yohanes 19:36

KEBANGKITANNYA

  • Hosca 6:2Tubuh Nya tidak akan menjadi busuk | KEGENAPAN – Kisah 2:30, 31
  • Mazmur 24:7-10Ia akan naik dengan kemenangan | KEGENAPAN – 1 Petrus 3:22
  • Zakharia 6:12, 13Ia akan menjadi Imam kita di syurga | KEGENAPAN – Ibrani 8:1, 2; 4:14

Tidak ada orang yang berpura-pura yang dapat meniru segala nubuatan yang diilhamkan ini yang tertulis 500 sampai 1,600 tahun sebelum semuanya digenapkan. Hanyalah Yesus, Anak Tuhan, yang sanggup menggenapi setiap perincian rencana keselamatan kita. Inilah bukti-bukti yang tidak dapat disalahkan tentang keilahianNya. Marilah kita menjadikan Dia Juruselamat dan Tuhan kita sekarang ini juga! Pada masa kepergiannya, Yesus telah mengambil tempat di sebelah kanan pada takhta Tuhan di syurga. la telah pergi ke rumah di syurga “untuk menyediakan tempat bagimu.” Yohanes 14:2.

SEBAGAI MANUSIA-TUHAN YESUS BEKERJA TERUS-MENERUS UNTUK MENYELAMATKAN KITA

Walaupun Yesus berada di syurga sekarang, namun la ada dengan kita di atas dunia. Pada masa hendak pergi la berjanji, “Dan ketahuilah, Aku menyertai kamu senantiasa sampai kepada akhir zaman.” Matius 28:20. Sejak la kembali ke syurga pada seribu sembilan ratus tahun yang lalu, Yesus terus- menerus hadir di atas dunia ini, memilihara kita serta menjaga kita. la menjanjikan, “Aku sekali-kali tidak akan membiarkan engkau dan Aku sekali-kali tidak akan meninggalkan engkau.” Ibrani 13:5. Kepastian yang diberikanNya dalam persabahatan yang kekal bukanlah kurang nyata dan kurang elok, sebab Yesus tidaklah lagi berjalan di atas dunia seperti yang diadakanNya pada sembilanbelas abad yang lampau. Walaupun kini la berada di syurga, tidak ada satu pun yang tidak diketahuiNya tentang sesuatu yang terjadi terhadap kita di atas bumi. Tidak ada satu pun yang tidak diketahuiNya tentang engkau! Oleh kerana la pernah menderita maka yakinlah kita bahawa la mengerti apabila kita menderita. 

Oleh sebab pernah digoda dengan dahsyatnya maka kita dapat ketahui dengan pasti bahawa la dapat menolong kita apabila kita digoda. Jikalau pada suatu saat engkau merasa susah, bingung, takut, mungkin engkau telah lupa bahawa engkau mempunyai seorang Teman seperti ini yang hendak menolong engkau. Ingatlah, Yesus yang sama, yang telah memberkati budak-budak kecil untuk menerangi hati para ibu, kini berada di samping setiap ibu. Yesus yang sama, yang telah menunjukkan kasih terhadap perempuan yang didapati sedang berbuat zinah, yang mengampuni pencuri yang hampir mati, dan yang menolong semua yang sedang mencari kebebasan daripada kehidupan mereka yang berdosa, adalah Penolong yang tetap hadir pada masa kita sekarang. Walaupun la tidak kelihatan dengan mata jasmani kita, kehadiranNya dapat dirasakan. Yesus sangat merindukan engkau, la mengasihi engkau, dan ingin hendak menyelamatkan engkau. Tidakkah engkau mahu menyerahkan kehidupanmu ke dalam penjagaanNya? la mahu menjadi Kawanmu. la ingin memberikan suatu kebahagiaan hidup yang baru bagimu. la mahu memberikan suatu kehidupan yang lebih baik bagimu di dalam dunia yang baru dan yang lebih baik.

SEBAGAI MANUSIA-TUHAN, YESUS AKAN DATANG LAGI

Sebelum Yesus naik ke syurga, la menjanjikan, “Aku akan datang kembali.” Yohanes 14:3. Dan la akan datang segeral

0 0 votes
Article Rating
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Oldest
Newest Most Voted
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x