Ukuran Tuhan Yang Sempurna Bagi Manusia

Jikalau kita hendak diselamatkan, haruslah kita ketahui apa yang Tuhan harapkan daripada kita. Firman Tuhan berkata kepada kita: “Takutlah akan Tuhan dan berpeganglah pada perintah-perintah Nya, kerana ini adalah kewajipan setiap orang. Kerana Tuhan akan membawa setiap perbuatan ke pengadilan.” Pengkhotbah 12:13. Adalah menjadi kewajipan kita terhadap Tuhan untuk hidup sesuai dengan hukum-hukumNya. Namun demikian, seakan-akan mutahil untuk menuruti Sepuluh Hukum itu. Adakah Tuhan sungguh-sungguh mengharapkan kita menurut akan hukum- hukumNya? Jikalau begitu, bagaimana hal itu mungkin Mula-mula, marilah kita pelajari lebih banyak lagi mengenai Sepuluh Hukum itu. Kemudian, pada bahagian akhir pelajaran ini kita akan membincangkan mengenai orang Kristian dan hubungannya dengan penurutan hukum-hukum itu.

UNDANG-UNDANG SEPULUH HUKUM

Siapakah yang telah menulis Sepuluh Hukum itu?

Tuhan “memberikan kepada Musa,… di gunung Sinai, kedua loh hukum Tuhan, loh batu, yang ditulis oleh jari Tuhan.” Keluaran 31:18. “Kedua loh itu ialah pekerjaan Tuhan dan tulisan itu ialah tulisan Tuhan, ditukik pada loh-loh itu.” Keluaran 32:16. Demikian pentingnya Sepuluh Hukum itu sehingga Tuhan tidak mempercayakan orang lain untuk menuliskannya. Kesepuluh Hukum itu telah dituliskan pada kedua loh batu dengan jari Tuhan. Bukankah luarbiasa, memikirkan bahawa Tuhan sendiri dengan tanganNya sendiri telah menuliskan Sepuluh Hukum itu pada loh batu dan memberikannya kepada manusia? Alangkah sucinya hukum-hukum itu! Adakah orang yang berani mengubahkan Sepuluh Hukum ini?

MAKNA DARIPADA SEPULUH HUKUM ITU

Sebelum membaca bahagian pelajaranmu ini, bacalah akan Sepuluh hukum itu. Hukum-hukum ini terdapat di dalam kitab Keluaran 20:3 – 17, tercetak dalam pelajaran 7 pada mukasurat 8. Keempat hukum yang pertama menyatakan kewajipan kita terhadap Tuhan. Oleh yang demikian, jikalau kita mengasihi Tuhan, dengan sendirinya akan mudah bagi kita menuruti keempat hukum pertama. Keenam hukum yang terakhir mengajarkan kewajipan kita terhadap sesama manusia. Dengan demikian, jikalau kita mengasihi semua manusia, dengan sendirinya akan mudah bagi kita menuruti keenam hukum yang terakhir. Tidaklah menghairankan Yesus mengajarkan bahawa hukum itu dialaskan pada kasih Tuhan dan kasih akan manusia. Matius 22:37-40. Mahukah engkau memeriksa dan melihat jikalau engkau mempercayai setiap hukum dalam Sepuluh Hukum itu?

1. Percayakah engkau bahawa tidaklah salah menyembah Tuhan yang lain?

2. Percayakah engkau bahawa tidaklah salah menyembah patung-patung?

3. Percayakah engkau bahawa tidaklah salah untuk bersumpah?

4. Percayakah engkau bahawa tidaklah salah melanggar hari Sabat?

5. Percayakah engkau bahawa tidaklah salah menderhaka pada ibu dan bapa?

6. Percayakah engkau bahawa tidaklah salah salah untum membunuh?

7. Percayakah engkau bahawa tidaklah salah untuk berbuat zinah?

8. Percayakah engkau bahawa tidaklah salah untuk mencuri?

9. Percayakah engkau bahawa tidaklah salah untuk berbohong?

10. Percayakah engkau bahawa tidaklah salah untuk berlaku tamak?

 

Setiap pertanyaan ini disasarkan pada tiap-tiap hukum dalam Sepuluh Hukum itu. Jikalau jawapanmu terhadap pertanyaan-pertanyaan ini adalah Tidak percaya, maka engkau mempercayai asas-asas yang diajarkan dalam Sepuluh Hukum itu. Engkau akan mendapati Sepuluh Hukum ini dalam kitab Keluaran 20:3 – 17. Hafalkanlah semuanya. Tuhan telah mencadangkan untuk kebaikanmu. Inilah maknanya:

1. Kita harus mengutamakan Tuhan dalam kehidupan kita.

2. Tuhan tidak mangizinkan adanya saingan dalam pemujaan kita kepadaNya. Sebab itulah kita harus menjauhkan penyembahan berhala dalam segala bentuknya. Janganlah kita menyembah sujud kepada patung-patung gambar, manusia wang, batu apa pun, atau sesuatu harta dunia. Perbaktian kita ditujukan hanya kepada Tuhan saja.

3. Kita hendaklah berlaku hormat dalam segala perkara berkenaan dengan Tuahan. Menggunakan namaNya sebagai perkataan sumpah yang kosong adalah dosa yang menyedikan dalam pemandanganNya.

4. Inilah hukum yang terpanjang daripada Sepuluh Hukum itu, yang menyuruh kita mengingat hari perhentian dan perbaktian yang telah diasingkan oleh Tuhan sejak prmulaan bagi kebaikan rohani manusia. Hari ketuju dalam setiap minggu (hari Sabat) haruslah dianggap suatu hari yang suci. Hari Tuhan, suatu hari bagi persekutuan khas dan untuk berhubung dengan Dia.

5. Kita harus berlaku kepada ibu dan bapa kita, dengan segala yang menyangkut ini dalam undang-undang dan peraturan di rumah.

6. Kita harus menghargai kehidupan orang-orang lain seperti kehidupan kita sendiri, dan tidak menaruh kebencian terhadap peribadi seseorang. Janganlah ada pembunuhan yang terkandung dalam hati kita.

7. Kita haruslah berlaku suci dalam segala fikiran dan tindakan kita, dan menjauhi semua yang kelihatan jahat.

8. Kita haruslah berlaku jujur dalam segala hubungan kita dengan sesama manusia kita, dalam segala usaha kita, dalam soal kewangan,dan dalam perkhidmatan bagi Tuhan dan manusia.

9. Kita haruslah selalu benar dalam segala perkara dan dalam keadaan apa juga, dengan teguh berpegang kepada kebenaran di dalam kasih.” (Efesus 4:15).

10. Kita harus berpuas hati dengan apa yang telah Tuhan berikan kepada kita, dengan tidak merasa dengki kepada mereka yang lebih baik dari kita. Kita harus berlaku murah hati, bukan tamak; suka memikirkan orang lain, bukan mementingkan diri.

 

Apabila seseorang memandang pada Sepuluh Hukum itu, apakah yang harus diakuinya?

“Jadi hukum Taurat adalah kudus, dan perintah itu juga adalah kudus, benar dan baik.” Roma 7:12.

 

Ada seorang yang berkata kepada pendetanya, “Sya mahu jikalau Yesus telah mengatakan kepada kita apa yang diharapkanNya daripada kita: satu, dua, tiga, empat, lima, enam, tuju, delapan, sembilan, sepuluh. Lalu kita akan tahu dengan pasti mana yang benar dan mana yang salah.” Pendeta itu pun menjawab, “Tepat, begitulah yang telah dilakukan oleh Yesus; la telah memberi Sepuluh Hukum itu kepada kita suatu daftar mengenai sepuluh undang-undang daripada Tuhan. Namun ramai orang yang berusaha meyakinkan diri mereka sendiri bahawa hukum-hukum itu, paling sedikit sebahagiannya telah dihapuskan,”

UNDANG-UNDANG YANG KEKAL

Berapa lamakah sepuluh Hukum itu harus dipatuhi?

“Dengan segala perintahMu adalah benar. Sejak dahulu aku tahu dari peringatan-peringatan Mu, bahawa Engkau telah menetapkannya untuk selama-lamanya.” Mazmur 119:151, 152.

 

Adakah kematian Yesus di atas salib telah menghapuskan Sepuluh Hukum itu?

Yesus berkata, “Janganlah kamu menyangka bahawa Aku datang untuk meniadakan hukum Taurat atau kitab para nabi. Aku datang bukan untuk meniadakannya, melainkan untuk menggenapinya. Kerana Aku berkat kepadamu: Sesungguhnya selama belum lenyap langit dan bumi ini, satu iota atau satu titik pun tidak akan ditiadakan dari hukum Taurat, sebelum semuanya terjadi. Kerana itu siapa yang meniadakan salah satu perintah hukum Taurat sekalipun yang paling kecil, dan mengajarkannya demikian kepada orang lain, ia akan menduduki tempat yang paling rendah di dalam Kerajaan Syurga; tetapi siapa yang melakukan dan mengajarkan segala perintah-perintah hukum Taurat, ia akan menduduki tempat yang tinggi dalam Kerajaan Syurga.” Matius 5:17 – 19.

 

Siapakah yang berani meniadakan Sepuluh Hukum itu setelah Yesus mengucapkan amaran itu? Tidak ada yang terkecil, atau titik pada huruf i atau garis pada huruf t, yang boleh dihilangkan dari hukum Tuhan selama langit dan bumi ada! Ramai orang yang mengatakan bahawa ada beberapa hukum yang kurang penting daripada yang lain. Tetapi Yesus Teladan kita, memelihara Sepuluh Hukum itu, dan la mengamarkan bahawa barang siapa yang mengajarkan bahawa ada dari antara hukum-hukum ini yang telah ditiadakan akan dianggap oleh syurga terkecil dari antara segala manusia. Sungguh menyedihkan kerana ramai yang mengajarkan bahawa sebahagian dari Hukum itu telah ditiadakan.

Ada orang yang akan mengatakan kepadamu bahawa hari Sabat tidak dikuduskan lagi sesudah penyaliban. Tetapi setiap kali dinyatakan mengenai hari perhentian Perjanjian Baru-sesudah atau pun sebelum kematian Yesus-selalu adalah hari Sabat, hari yang ketujuh itu. Menurut Perjanjian Baru, hari Sabat adalah satu-satunya hari yang pernah dikuduskan oleh Yesus dan murid-murid Nya, dan hari itu saja yang mereka ajarkan kapada orang-orang untuk disucikan.

TURUTLAH SEGENAP SEPULUH HUKUM ITU

Berapakah dari antara Sepuluh hukum itu yang harus kita turut?

“Sebab barangsiapa menuruti seluruh hukum itu, tetapi mengabaikan satu bahagian daripadanya, ia bersalah terhadap seluruhnya. Sebab ia yang mengatakan: Jangan berzinah. Ia mengatakan juga. Jangan membunuh.’ Jadi jika kamu tidak berzinah tetapi membunuh, maka kamu menjadi pelanggar hukum juga.” Yakobus 2:10.11. Jikalau engkau menggantungkan sebuah lampu dari langit-langit rumah pada seuatas rantai dengan sepuluh mata rantai lalu satu daripada mata rantai itu terputus, maka rantai itu tidak dapat menahan lampu itu, Demikianlah pula, jikalau kita melanggar satu dari antara hukum-hukum itu, maka kita pun “bersalah terhadap seluruhnya.

MENGIKUT YESUS

Sementara engkau mempelajari Kesepuluh Hukum ini engkau pun dapat melihat bahawa adalah tetap salah melanggar hukum-hukum itu sekarang ini seperti pada zaman Yesus dahulu. Menderhaka kepada ibu dan bapa, membunuh, berbuat zinah, mencuri, berkata dusta, berlaku lokek, menyembah ilah-ilah lain, menyembah patung-patung, bersumpah, melanggar hari Sabat adalah tetap salah sama seperti sebelum

waktu penyaliban. Yesus mengatakan bahawa hukum-hukum itu akan terus berdiri selama ada langit dan bumi. Tidak ada seorang pun yang boleh meniadakan hukum-hukum ini, kerana hukum-hukum ini telah tertulis oleh jari Tuhan sendiri dan dijunjung oleh kehidupan dan pengajaran Yesus. Bagaimanakah kita menunjukkan kasih kita bagi Yesus? “Dan inilah tandanya, bahawa kita mengenal Tuhan, iaitu jikalau kita menuruti perintah-perrintahNya… Kita memperolehnya daripadaNya, kerana kita menuruti sgala perintahnNya dan berbuat apa yang berkenaan kepadaNya.” 1 Yohanes 2:3; 3:22. Jikalau kita mengasihi Yesus, maka kita akan mengikut Dia dengan gembira, dan oleh rahmatNya kita akan menurut hukum-hukumNya. Tidak ada seorang pun yang sungguh-sungguh mengasihi Yesus akan meyembah berhala, memaki, melanggar Sabat hari ketujuh, tidak mematuhi ibu dan bapanya, berkata bohong, atau melanggar salah satu hukum yang lain. Apabila ada seseorang yang berkata kepadamu, “Tidaklah salah melanggar salah satu dari antara hukum-hukum itu,” maka yakinlah engkau bahawa orang itu tidak berkata-kata menurut Yesus.

RAHMAT YANG MENYELAMATKAN DAN SEPULUH HUKUM

Apakah dosa itu?

“Setiap orang yang berbuat dosa, melanggar juga hukum Tuhan, sebab dosa ialah pelanggaran hukum Tuhan.” 1 Yohanes 3:4. Satu-satu cara bagi kita untuk mengenal dosa ialah melalui hukum-sepuluh . Pelanggaran hukum adalah dosa.

 

Apakah upah dosa?

“Sebab upah dosa ialah maut. “Roma 6:23. Jadi, jikalau kita telah diselamatkan, kita mesti ada rahmat ilahi daripada Yesus untuk mematuhi hukum-hukum Nya. Sementara kita semakain dekat kepada Yesus, maka kita akan mematuhi hukum-hukumnyaNya kerana kita mengasihi Tuhan.

 

Apabila seseorang mematuhi hukum Yesus, apakah yang akan didapatinya?

“Sebab kamu tidak akan dikuasai lagi oleh dosa, kerana kamu tidak berada di bawah hukum taurat, tetapi di bawah kasih karunia.” Roma 6:14. Adakah orang yang hidup di bawah rahmat (kasih karunia) itu berbuat dosa? Mahukah ia melanggar hukum Tuhan? “Jikalau demikan, apakah yang hendak kita katakan? Bolehkah jita bertekun dalam dosa, supaya semakin bertambah kasih kurnia itu? Sekali-kali tidak! Bukankah kita tekah mati bagi dosa, bagaimanakah kita masih dapat hidup di dalamnya? Jadi bagaimanakah? Apakah kita akan berbuat dosa, kerana kita tidak berada di bawah hukum Taurat, tetapi di bawah kasih karunia?” Roma 6:1, 2, 15.

Darah Yesus “menyucikan kita daripada segala dosa.” 1 Yohanes 1:7. Rahmat adalah belas kasihan yang dalamnya kita tidak berhak. Oleh kerana kita diselamatkan oleh rahmat, bolehkah kita terus melanggar salah satu dari Sepuluh Hukum itu? Tidak! Rasul Paulus menjawab, “Dijauhkan Tuhan! Belas kasihan Tuhan di dalam hidup kita akan mengadakan penurutan oleh kasih terhadap hukun Tuhan.”

Ada seoarng lelaki yang dengan tiba-tiba menjadi sangat marah lalu mengadakan pembunuhan yang dahsyat. Ia pun dijatuhi hukuman mati. Kawan-kawannya memohon dari raja agar ia jangan dibunuh. Mereka mengatakan kepada raja bahawa ia adalah seorang yang sangat baik sebelumia melakukkan jenayah itu; mereka menceritakan tentang keluarganya yang baik. Raja itu mengadakan keputusan untuk mengampuni dan membebaskannya.

 

Adakah si pembunuh yang telah diampuni ini bebas melanggar hukuman bila-bila saja ia kehendaki?

Sesungguhnya tidak! la mahu lebih berhati-hati untuk mematuhinya daripada sebelumnya. Yesus telah mengampuni dosa-dosa kita dengan darahNya telah membayar upah maut kita. Kita diselamatkan oleh rahmatNya. Kalau begitu bolehkah kita melanggar Sepuluh HukumNya itu menurut kehendak kita? Paulus berkata, “Dijauhkan Tuhan!” Sebagai orang yang telah diselamatkan, kita akan lebih teliti lagi daripada sebelumnya untuk menuruti kehendak Tuhan, kerana kita akan mahu menyenangkan Dia dalam segala perkara oleh kerana segala yang telah dilakukanNya bagi kita.

 

Dengan apa saja kita diselamatkan?

“Sebab kerana kasih karunia kamu diselamatkan oleh iman; itu bukan hasil usahamu, tetapi pemberian Tuhan.” Efesus 2:8. SEPULUH Hukum itu tidak dapat menyelamatkan kita, hukum-hukum itu hanya menyatakan kepada kita apakah dosa itu. Hanya darah Yesus saja yang dapat menyelamatkan kita. Kita diselamatkan oleh rahmat, iaitu belas kasihan yang dalamnya kita tidak mempunyai hak. “Itu adalah pemberian Tuhan.” Lihatlah pada cermin muka. Maka engkau melihat sesuatu yang kotor pada mukamua. Bolehkah cermin muka itu membersihkan mukamu itu? Sepuluh Hukum itu adalah suatu cermin muka yang menyatakan kepada kita akan keperluan kita (Yakobus 1:23), tetapi hukum-hukum itu tidak dapat menyucikan kita dari dosa-dosa kita. Hanyalah darah Yesus saja, yang menjadikan sabun dan air daripada Injil yang dapat membasuhkan dosa-dosa kita.

 

Apabila kita diselamatkan, Yesus memberikan kita suatu hati yan baru dengan hukumNya yang tertulis pada hati kita itu. “Aku akan menaruh hukumku dalam akal budi mereka dan menuliskannya dalam hati mereka, maka Aku akan manjadi Tuhan mereka dan mereka akan menjadi umatku.” Ibrani 8:10. Dengan hati yang baru ini, dengan sendirinya menjadi mudah bagi kita menuruti Sepuluh Hukum itu. Apabila Yesus menuliskan hukumNya dalam hati kita, dengan menggantikan kemahuan-kemahuan dorongan-dorongan dan tujuan-tujuan kita, maka la telah menjaga kita daripada berbuat dosa. Kita tidak diselamatkan oleh menuruti Sepuluh Hukum itu. Kita diselamatkan oleh menyerahkan kehidupan kita sepenuhnya kepada Yesus. Kemudian, oleh kerana rahmatNYa, la menyelamatkan kita dengan menanamkan kasih ke dalam hati kita yang diserahkan sepenuhnya. Roma 5:5. Dengan kasihNya yang memenuhi hati kita maka dengan sendirinya kita mendapat sifat untuk mengasihiNya dan mengasihi sesama kita, serta melalui kasih ini kita menuruti hukum-hukumnya. “Jikalau kamu mangasihi Aku, kamu akan menuruti segala perintahku.” Yohanes 14:15.

 

Apabila kita mengasihi Tuhan maka akan menjadi tabiat kita untuk suka menuruti keempat Hukum yang pertama. Kita tidak lagi mahu menyembah ilah-ilah yang lain, menyembah berhala, menyebut nama Tuhan dengan sia-sia, atau menginjak-injak hari Tuhan yang suci. Apabila kita mengasihi Tuhan maka kasih itu dicerminkan dalam kasih kita terhadap sesama kita, dan akan menjadi sifat kita untuk suka meneruti keenam hukum yang terakhir. Kita menghormati ibu dan bapa kita, tidak menyetujui pembunuhan atau perzinahan, tidak mahu mencuri, berbohong dan berlaku tamak. Jadi kita tidak menuruti hukum-hukum supaya selamat. Tetapi keran kita sudah selamat, dengan kasih Yesus dalam hati kita menyebabkan kita menuruti Sepuluh Hukum itu. “Kerana itu kasih adalah kegenapan hukum Taurat.” Roma 13: 10

SUDAHKAH ENGKAU SEDIA BAGI KEDATANGAN YESUS?

“Maka sekarang, anak-anakku, tinggallah di dalam Yesus, supaya apabila la menyatakan diriNya, kita beroleh keberanian percaya dan tidak usah malu terhadap Dia pada hari kedatanganNya. Jikalau kamu tahu, bahawa la adalah benar, kamu harus tahu juga, bahawa setiap orang, yang berbuat kebenaran, lahir daripadaNya.” 1 Yohanes 2:28, 29. “Barangsiapa yang menuruti segala perintahNya, ia diam di dalam Tuhan dan Tuhan di dalam dia. Dan demikianlah kita ketahui, bahawa Tuhan ada di dalam kita, iaitu Roh yang telah la karuniakan kepada kita.” 1 Yohanes 3:24.

Akhir dunia ini telah sangat dekat. Janganlah kita membazirkan sehari atau sesaat pun! Mereka yang hendak hidup di syurga harus belajar menurut hukum syurga di dalam dunia ini. Kita harus mengadakan keputusan untuk mengikut Yesus sepanjang jalan, supaya kita akan sedia bila-bila saja la mungkin datang.

0 0 votes
Article Rating
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Oldest
Newest Most Voted
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x