FORM 4B - Injil Matius
ARAHAN PENTING:
LANGKAH 1: Baca Alkitab
LANGKAH 2: Tulis refleksi anda khusus untuk kitab Matius dalam ruangan komen (Comment Section) di bawah
Refleksi anda haruslah merangkumi ciri-ciri yang berikut:
- Apa yang anda pelajari daripada kitab tersebut
- Kisah atau ajaran yang menyentuh hati anda
- Apa yang sedang Tuhan ajarkan kepada anda secara peribadi
- Bagaimana anda dapat menerapkan pengajaran tersebut dalam kehidupan anda

•Banyak perkara yang saya telah pelajari daripada kitab Matius.Salah satunya adalah tentang kesetiaan.Saya perlu menjadi seperti beberapa murid Yesus yang setia bersama dengan Yesus.Tidak seperti Yudas yang berkhianat mahupun Petrus yang menyangkal Yesus.
•Kisah yang paling menyentuh hati saya ialah di mana Yesus disalibkan.Ketika Yesus disalibkan pun,Dia masih mengasihi umat manusia.Saya sangat tersentuh oleh penderitaan yang Dia alami dan bagaimana Dia begitu setia.
•Tuhan sedang mengajar saya suatu perkara.Secara peribadinya,kesetiaan dan kesabaran adalah perkara yang saya perlu belajar.Dan apabila membaca kitab ini,saya tidak mempunyai alasan lagi untuk meninggalkan Tuhan.Saya belajar bagaimana caranya untuk mengasihi Tuhan.
•Di kehidupan saya sekarang,saya perlu menerapkan kasih itu,iaitu melalui pelayanan.Iaitu berdoa,memberi, membantu,memuji dan dll.Dan yang paling penting, saya perlu melakukannya dengan kasih Tuhan.