FORM 3B - Injil Matius
ARAHAN PENTING:
LANGKAH 1: Baca Alkitab
LANGKAH 2: Tulis refleksi anda khusus untuk kitab Matius dalam ruangan komen (Comment Section) di bawah
Refleksi anda haruslah merangkumi ciri-ciri yang berikut:
- Apa yang anda pelajari daripada kitab tersebut
- Kisah atau ajaran yang menyentuh hati anda
- Apa yang sedang Tuhan ajarkan kepada anda secara peribadi
- Bagaimana anda dapat menerapkan pengajaran tersebut dalam kehidupan anda

Setelah menghabiskan bacaan kitab Matius, Saya menyedari ajakan Yesus untuk hidup menurut jalanNya. Hal ini kerana usaha Yesus untuk mengajak mengajar kita melalui pembacaan kitab Matius. Contohnya, khotbah di atas bukit yang menekankan cara kehidupan kristen yang seharusnya dilakukan seperti dalam matius 5:13 – 48 dan matius 6:25 – 34.
Selain itu, terdapat juga cerita yang menyentuh hati saya kerana ada mesej dan pelajaran yang sangat berharga namun pada masa yang sama juga menyedihkan iaitu kematian Yesus di kayu salib. Hal ini kerana Allah Tuhan kita sanggup mengorbankan anaknya iaitu Yesus yang suci dan tidak bersalah serta tidak berdosa untuk mati menanggung dosa kita semu orang yang berdosa. Sebagai contoh, Yesus diseksa dan diejek sebelum disalibkan, dan Ia tidak menerima penghormatan Nya sebagai Tuhan walaupun Dia berbuat baik menyembuhkan orang yang sakit.
Pada masa yang sama, Tuhan juga mengajar saya secara peribadi untuk hidup dengan iman di dalam ajaran dan pengharapan yang diberikannya kepada kita dengan. Hal ini demikian kerana melalui kematian dan kebangkitanNya, Ia telah menjanjikan hidup yang kekal dan tempat di sorga untuk saya dan kita semua orang mempercayai Yesus Kristus sebagai juruselamat dan sumber pengharapan kita
Akhir sekali, menurut pendapat saya, cara untuk saya dan anda mengaplikasikan apa yang telah dipelajari dalam mana – mana ajaran Alkitab adalah dengan memulakannya dengan doa. Minta hikmat dan kebijaksanaan dari Tuhan untuk mengaplikasikan ajaran Alkitab serta untuk merendahkan diri. Seterusnya, mulakan dengan keluarga. Coba untuk aplikasikan apa yang telah dari Alkitab kepada keluarga, dan setelah terbiasa dengannya jadikan ia sebagai gaya hidup. Disamping itu, ceritakan pengalaman anda. Setelah mengaplikasikan perkataan Alkitab, ceritakan pengalaman anda kepada orang yang lebih tua (SDA yang lebih berpengalaman dalam kehidupan yang berdasarkan Alkitab) dan minta nasihat jika perlu. Akhir sekali, tingkatkan kematangan dan pertumbuhan rohani anda melalui kebaktian kebaktian serta bimbinglah rakan dan orang orang disekitar yang memerlukan bimbingan
Terima kasih.
Melalui kitab Matius, saya belajar bahawa Tuhan sentiasa mempunyai rancangan yang baik dalam hidup saya. Saya perlu taat kepada Tuhan, bertaubat daripada kesalahan dan sentiasa mengikuti ajaran Yesus. Saya juga belajar untuk tidak mudah terpengaruh dengan godaan serta percaya kepada Tuhan dalam setiap keadaan.
Selain itu, Yesus mengajar saya untuk menjadi terang dan teladan kepada orang lain. Saya harus mengasihi, mengampuni dan membantu mereka yang memerlukan. Saya juga perlu merendahkan diri serta tidak menghakimi orang lain kerana Tuhan melihat hati dan niat seseorang.
Kitab Matius juga mengajar saya supaya tidak terlalu bimbang tentang kehidupan. Saya perlu percaya bahawa Tuhan akan menjaga dan mencukupkan keperluan saya. Walaupun menghadapi masalah dan kesukaran, saya harus tetap mempunyai iman dan bergantung kepada Tuhan.
Daripada kisah penderitaan, kematian dan kebangkitan Yesus, saya semakin memahami betapa besarnya kasih Tuhan kepada manusia. Pengorbanan Yesus mengajar saya untuk menghargai kasih-Nya dan menjalani kehidupan dengan penuh syukur.
Kesimpulannya, saya mahu terus mendekatkan diri kepada Tuhan, mengamalkan ajaran Yesus dalam kehidupan seharian, mengasihi orang lain dan menggunakan masa serta talenta yang diberikan Tuhan dengan sebaik-baiknya. Saya juga mahu sentiasa bersedia dan setia menantikan kedatangan Yesus.
I finally finished reading the gospel of Matthew and honestly I didnt expect it to hit me the way it did. I started out thinking it would be a lot of genealogy and old-timey language, and the first chapter kind of proved me right with all the “brings forth” lists. But once I got past that, the story really started to pull me in. The part that stuck with me early on was the Sermon on the Mount. “Blessed are the meek: for they shall inherit the earth” (Matthew 5:5) is one of those lines I’d heard a hundred times but never really thought about. Jesus is basicaly saying the people who seem weak by the worlds standards are the ones who actually matter.
What surprised me most was how much Jesus talks about how we treat other people, not just how we act in church or whatever. In chapter 5 he says “Love your enemies, bless them that curse you, do good to them that hate you” (Matthew 5:44), and I honestly had to stop and reread it. That is a really hard thing to do. Its easy to love people who are nice to you, but Jesus is asking for something way harder than that. I kept thinking about a few people in my own life and how I’ve held onto grudges, and it made me feel kind of convicted, in a good way I guess.
Another part I liked was the parables, especially the one about the sower in chapter 13. Its funny because the seeds that fall on different kinds of soil sort of made me look at my own attitude while reading. Some days I’m the good soil and actually take things in, and other days I’m totally the rocky ground where nothing sticks. I think that parable made me realize that how I recieve the message matters just as much as the message itself, and that I cant just blame the seed if nothing grows.
The last few chapters were honestly hard to read. Watching Jesus get betrayed by Judas, denied by Peter, and then sentenced to die felt heavy even though I kind of knew what was coming. Peter’s part got to me the most, because he swore he would never abandon Jesus and then did it within hours. It made me feel less alone about my own failures, because if one of the twelve disciples could mess up that bad and still be forgiven, maybe there’s room for the rest of us to. I thought about that a lot after I closed the book.
The ending is what I keep coming back to though. After all of that suffering, the gospel closes with “Go ye therefore, and teach all nations” and then “lo, I am with you alway, even unto the end of the world” (Matthew 28:19-20). I liked that it ends with a promise instead of just a command. It felt like Jesus was saying you dont have to do this by yourself, which is kind of comforting when the whole thing can feel overwhelming.
Overall I’m glad I read through the whole thing instead of just picking out random verses like I usually do. Reading it start to finish gave me a much better picture of who Jesus was and what he cared about. I’m not sure I understand everything yet, and theres definitely parts I’d want to go back and study more, but I feel like I got something real out of it
Saya sudah menghabiskan bacaan kitab Matius, apa yang saya belajar ialah Yesus itu memang Mesias dan Raja yang datang untuk selamatkan kita dan tunjukkan cara hidup yang betul mengikut jalanNya.
Selain itu, kisah yang paling menyentuh hati saya ialah masa Yesus mengajar dalam Khotbah di Atas Bukit (Matius 5–7) dan juga ingatan pasal akhir zaman dekat Matius 24–25. Bahagian ini buat saya sedar betapa pentingnya untuk jaga hubungan dengan Tuhan, setia dengan hari Sabat, dan sentiasa bersedia secara rohani.
Pada masa yang sama, saya rasa Tuhan sedang mengajar saya untuk belajar mementingkan Kerajaan-Nya dahulu dan tidak terlalu risau tentang masalah atau keperluan hidup seharian, sebab Dia janji akan jaga semuanya.
Akhir sekali, saya mahu amalkan ajaran ini dalam hidup seharian ialah dengan cuba jadi garam dan terang di mana-mana tempat yang saya berada. Maksudnya, saya mahu belajar kawal emosi, jadi kawan yang baik, maafkan orang lain, dan rajin berdoa sementara menantikan kedatangan Yesus yang kedua kali.
Saya sudah habis membaca kitab Matius, kitab ini telah mengajar saya betapa pentingnya mempunyai hati yang tulus dan tidak berpura-pura dalam mengamalkan iman. Melalui lembaran kitab ini, saya disedarkan bahawa Tuhan tidak melihat rupa luaran atau adat keagamaan yang saya lakukan, melainkan kejujuran hati yang ada di dalam diri saya.
Kisah yang paling menyentuh hati saya adalah apabila Yesus mengajar tentang jangan risau dan bimbang. Di tengah-tengah dunia yang penuh dengan cabaran dan ketidakpastian, Yesus mengingatkan saya tentang burung di udara dan bunga bakung di ladang yang sentiasa dijaga oleh Bapa di Syurga. Hal ini dikuatkan lagi melalui ayat hafalan saya daripada Matius 6:34 yang berbunyi: ‘Oleh itu, janganlah risau tentang hari esok, kerana hari esok ada kerisauannya sendiri. Kesusahan sehari cukuplah untuk sehari.’ Ayat ini memberikan saya ketenangan yang mendalam, membuktikan bahawa saya tidak pernah dibiarkan bersendirian.
Secara peribadi, Tuhan sedang mengajar saya untuk mengubah perkara utama dalam hidup saya. Sering kali saya terlalu sibuk mengejar harta dan keselesaan dunia, namun melalui kitab Matius, saya diingatkan untuk mengutamakan Kerajaan Allah dan kehendak-Nya terlebih dahulu. Saya sedar bahawa apabila saya meletakkan Tuhan di tempat yang pertama, segala keperluan hidup saya yang lain akan dicukupkan oleh-Nya.
Bagi mengamalkan pengajaran ini dalam kehidupan seharian, saya mahu melatih diri untuk menyerahkan segala kebimbangan melalui doa pada setiap hari. Saya juga bertekad untuk melayani dan mengasihi orang di sekeliling saya dengan ikhlas tanpa mengharapkan pujian manusia, sebaliknya melakukannya semata-mata untuk memuliakan nama Tuhan.
Melalui Kitab Matius, saya telah mempelajari bahawa Tuhan sentiasa bersama dengan kita dan kita boleh menyerahkan segala kebimbangan kita kepada-Nya. Contohnya, Yesus mengingatkan kita untuk tidak bimbang dan risau tentang hidup kita kerana Bapa kita di syurga tahu apa yang kita perlukan dan Dia memegang masa depan kita. Hal ini mengajar saya bahawa saya tidak perlu takut menghadapi hari esok kerana Dia tahu masa depan saya, dan saya hanya perlu mempercayaii rancangan-Nya yang sempurna serta berserah sepenuhnya kepada-Nya.
Kisah yang paling menyentuh hati saya terdapat dalam Matius 14:22-33, iaitu ketika Yesus berjalan di atas air dan memanggil Petrus untuk datang kepada-Nya di tengah-tengah badai. Walaupun Petrus mula tenggelam apabila dia beralih fokus kepada angin yang kencang, Yesus dengan segera menghulurkan tangan-Nya untuk menyelamatkannya. Hal ini mengajar saya bahawa fokus utama kehidupan saya haruslah sentiasa tertumpu kepada Yesus, dan bukannya kepada “badai” atau masalah di sekeliling saya.
Melalui pembacaan ini, Tuhan mengajar saya tentang kepentingan belajar firman dan menginjil bersama-sama dengan keluarga serta rakan-rakan. Iman kita tidak seharusnya disimpan bersendiri, tetapi dikongsi dan dibina bersama orang-orang terdekat di sekeliling kita. Apabila kita saling menyokong dalam keluarga dan persahabatan, kita menjadi lebih kuat untuk membawa berita gembira kepada dunia.
Sebagai penutup dan langkah penerapan dalam kehidupan seharian, saya boleh melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti belajar Alkitab bersama kawan-kawan di sekolah dan juga menghadiri sekolah Alkitab. Saya mahu mengambil peluang ini untuk mendalami Firman Tuhan secara konsisten, membina hubungan yang rapat dengan rakan sebaya dalam iman da melatih diri saya untuk menjadi saksi Kristus yang berani di mana sahaja saya berada.