FORM 1A - Injil Matius
ARAHAN PENTING:
LANGKAH 1: Baca Alkitab
LANGKAH 2: Tulis refleksi anda khusus untuk kitab Matius dalam ruangan komen (Comment Section) di bawah
Refleksi anda haruslah merangkumi ciri-ciri yang berikut:
- Apa yang anda pelajari daripada kitab tersebut
- Kisah atau ajaran yang menyentuh hati anda
- Apa yang sedang Tuhan ajarkan kepada anda secara peribadi
- Bagaimana anda dapat menerapkan pengajaran tersebut dalam kehidupan anda

Refleksi Kitab Matius
Daripada kitab Matius saya belajar bahawa Yesus adalah Mesias yang dijanjikan dan Raja Kerajaan Syurga. Matius menunjukkan bagaimana Yesus menggenapi nubuat Perjanjian Lama melalui pengajaran, mukjizat, kematian dan kebangkitan-Nya.
Kisah yang paling menyentuh hati saya ialah Khutbah di Bukit Mat 5-7. Yesus mengajar tentang hati yang murni, mengasihi musuh dan menjadi terang serta garam dunia. Ia mengingatkan saya bahawa Tuhan melihat isi hati, bukan luaran sahaja.
Secara peribadi Tuhan mengajar saya untuk hidup menurut kehendak-Nya, bukan kehendak dunia. Dia mengajar saya percaya sepenuhnya walau dalam masalah, kerana Dia berkuasa atas segala sesuatu.
Saya dapat menerapkan pengajaran ini dengan mengampuni orang yang menyakiti saya, bersikap jujur, dan menjadikan firman Tuhan sebagai panduan harian. Saya juga dipanggil untuk berkongsi Injil seperti Amanat Agung Mat 28:19, menjadi saksi Kristus di mana saya berada.
Daftar never moyang yesus kristus. Mazmur 23 tuhan adalah gembalaku takkan kekurangan aku. Tuhan tak kanji hidup mudah tapi kanji dia takkan tinggalkan. Dan Dari Luka tu selalunya Lahore kekuatan untuk to long orang lain. Bila kita cerita dan amalkan bersama kawan pengajaran menjadi lebih kuat. Kita sailing ingat kanji.
Pengajaran yang saya pelajari daripada kisah Ananias dan Safira dalam Kisah Para Rasul 5:1–11 ialah kita mesti sentiasa bercakap benar, jujur kepada Tuhan dan tidak menipu orang lain. Kita juga harus takut akan Tuhan dan tidak berpura-pura menjadi orang yang baik.