AKU PERCAYA KEPADA TUHAN

SEROMBONGAN LELAKI sedang belayar di atas laut pada malam yang cerah, tak berawan. Setelah mengadakan suatu perbincangan yang panjang, maka mereka semua bersetuju bahawa memang tidak pernah ada Tuhan. Akhirnya penat dengan perbualan mereka, ada seorang yang percaya akan Tuhan mengunjukkan tangannya ke langit yang dipenuhi oleh bintang-bintang, dan berkata: “Tuan-tuan, perbahasan kamu memang serba pandai, namun siapa yang telah menjadikan semua ini? Tidak seorang pun yang bersuara. Tidaklah menghairankan, kerana mereka sedang memandang akan keagungan perbuatan Tuhan di langit. Cakerawala yang dipenuhi bintang-bintang menyatakan kepada kita bahawa ada Tuhan.

SEGALA SESUATU ADA PENCIPTANYA

Segala sesuatu ada asal-asal, ada permulaan, ada masa penciptaannya. Ambilahlah sesuatu benda dalam rumahmu, misalnya sebuah kerusi, Adakah kerusi ini terjadi secara kebetulan? Adakah kerusi ini dengan tiba-tiba muncul dalam rumahmu? Engkau berkata, “Tidak saya telah membelinya dari kedai yang menjual perabut-perabut.” Namun dari manakah kerusi itu datang? Jawabmu, “Tentulah seorang tukang kayu telah membuatnya.” Pernahkah engkau melihat tukang kayu itu? Sekali lagi engkau katakan, “tidak.” Bagaimanakah engkau ketahui bahawa ada tukang kayu?”

Tanpa tukang kayu kerusi itu tidak pernah akan ada. Jadi, kenyataan adanya kerusi itu membuktikan tanpa ragu-ragu bahawa ada tukang kayu yang telah membuat kerusi itu. Demikian pula, apabila engkau membuka matamu dan melihat keindahan alam; bunga yang wangi, berwarna-warni, pokok-pokok yang indah, burung-burung yang berkicauan. Anda ada seorang Perancang agung yang telah menciptakan dunia kita dan jagat raya ini. Mungkinkah dunia ini hanya terjadi dengan sendirinya? Mungkinkah alam semesta telah muncul dengan secara kebetulan. Mungkinkah dunia ini telah tercipta dengan sendirinya? Tidak! Segala sesuatu yang terjadi ada pembuatnya. Perlu kesabaran berminggu-minggu bagi seseorang untuk mempelajari kemahiran memasang atau membuat jam tangan. Engkau boleh menggoncang-goncang semua bahagian jam tangan itu dalam sebuah tin selama satu juta tahun dan semua bahagian itu tidak pernah terkumpul menjadi sebuah jam tangan. Dapatkah bahagian-bahagian sekuntum bunga atau bahagian-bahagian sepohon pokok terkumpul menjadi bunga atau pokok yang sempurna secara kebetulan saja? Apa bila engkau melihat sebuah jam tangan, maka engkau bertanya, Jam macam apa itu? Siapakah pembuatnya? Dan apabila engkau melihat seekor binatang, sepohon pokok, sekuntum bunga, seekor burung, seorang manusia, sebuah dunia, hendaklah engkau menanyakan pertanyaan yang sama sama, Siapa membuatnya?

TUHAN SEBAGAI PENCIPTA

hands, sun, sky, nature, romance, hand, god

Ada banyak objek atau dewa yang disembah oleh manusia. Ada orang-orang yang menyembah benda-benda di langit: matahari, bulan dan bintang-bintang. Yang lain-lain menyembah kekuatan alam, seperti api, air dan guruh. Masih ada yang lain-lain yang menyembah binatang-binatang, yang sungguh ada dan yang secara angan-angan. Ada lagi yang menyembah orang-orang besar. Tetapi hanya ada satu Tuhan yang lebih besar dari semua ilah atau dewa-dewa ini. la jauh lebih mulia daripada matahari dan binatang-bintang, jauh lebih berkuasa daripada semua kekuatan alam, serta jauh lebih bijak daripada orang-orang yang paling agung dalam dunia ini. la jauh lebih besar dari mereka semua, sebab Dialah yang telah menciptakan mereka semua. Dialah Tuhan yang benar, khalik, Pencipta langit dan bumi. Tuhan-Pencipta adalah Sumber segala kehidupan. Sumber segala kuasa. Dialah Kebaikan, sumber segala undang-undang dan akhlak. Dialah sumber kasih dan akai. Dialah bapa yang luarbiasa bagi kita makhluk-makhlukNya.

Tuhan yang agung ini telah ada, lama sebelum segala yang lain-lain ada. Dia disebut Yang Tiada Berkesudahan Harinya, sebab Dia tidak mempunyai permulaan dan tidak akan pernah berakhir. (Lihat Daniel 7:9)*. Tidak ada satu ilah atau dewa yang setaraf dengan Dia.

SETIAP REKAAN ADA PEREKANYA

meadow, green meadow, flower wallpaper, flower meadow, grass, nature, blade of grass, landscape, flower, grasses, spring, in the green, bloom, blossom, bloom, flora, plant, close up, yellow, poppy, red poppy, poppy flower, yellow flower, skinny, sunny yellow, sea of flowers, tree, green tree, deciduous tree, freestanding, free tree stand, flower background, horizon, heaven, clouds, clouded sky, blue sky, cloudy, cloudless, butterfly, ladybug, bee, insect, flying, insect flight, photo black and white, black and white image, grayscale image, moon, full moon, night, pleiades, stars, starry sky, beautiful flowers, super moon, night shot, lunar crater, lunar landscape, lighting mood, shades of color, galaxy, fog, kosmus, universe, milky way, night sky, mystical, astronomy, space, the atmosphere, spirit space, infinity, infinite, fantasy, sice fiction, creation, god, divinity, emergence, fog big dog, canis major, hubble space telescope, photomontage, science fiction, abstract, big bang, imagination, fantasy world universe

Rekaan yang ada di dalam dunia kita ini adalah suatu kenyataan lain untuk mempercayai Tuhan-Pencipta. Ada dua orang, yang satu percaya akan Tuhan dan yang satu meragukan adanya Tuhan, bertengkar tentang Tuhan. Akhirnya orang yang ragu-ragu yang telah marah itu mendesak; “Mengapa engkau percaya akan Tuhan? Engkau tak dapat melihatnya.” Orang yang percaya itu menjawab, “Mengapa saya percaya yang ada seekor kerbau yang merayau-rayau di dalam kebun saya tadi malam? Tengoklah! Sebab saya melihat jejak-jejak kakinya di atas tanah. Dan demikian juga saya melihat kenyataan adanya Tuhan di mana-mana di seluruh alam ini.

Hanya ada satu jawapan yang benar terhadap asal mulanya semesta alam. Dunia dan semua yang ada di dalamnya. Tuhan yang menjadikan semua itu. Segala sesuatu yang ada di sekitar berseru, “Tuhan yang menciptakan!” Hanya kehidupan yang menciptakan kehidupan. Segala sesuatu yang diciptakan memaklumkan adanya Tuhan-Pencipta. Dalam rekaan dunia kita ini, kita melihat jejak-jejak Tuhan di atas tanah. Bukit-bukit yang, menghijau, Pokok-pokok, manusia segala keajaiban di sekeliling kita menyatakan, “Tuhan yang menciptakan, Tuhan yang merancangkan.” Fikirkanlah beberapa keajaiban alam yang sungguh – matamu sendiri. Benda yang hampir sama benar dengan mata yang pernah dibuat oleh manusia adalah kamera. Hampir semua kamera dapat difokus pada benda-benda yang dekat atau jauh, dan dapat diatur untuk memasukkan jumlah cahaya yang sesuai banyaknya. Tetapi mata manusia mengatur semua secara automatik, dengan kesanggupan memandang yang lebih besar. Adakah orang berfikir tentang lensa kamera yang halus dan ketepatan bekerjanya hanya terjadi dengan kebetulan saja? Lalu bagaimana denga lensa matamu yang hidup dan ajaib, yang mengubah rupanya setiap kali engkau, melihat kepada benda-benda yang berlainan? Kalau orang yang sangat pandai telah menemukan kamera, bukankah Seorang yang jauh lebih bijak telah menemukan cara membuat mata?

Masih ada lagi keajaiban-keajaiban yang lain dalam tubuhmu: telinga dapat mendengar, lidah dapat mengecap, hidung yang dapat mencium bau, otak yang dapat berfikir. Mungkinkah bahagian-bahagian tubuhmu telah terkumpul secara kebetulan? Tidak! Rekaan tubuh manusia adalah suatu kenyataan bahawa Tuhan-Pencipta yang mahakuasa yang telah merekanya. 

Marilah kita misalkan suatu peristiwa untuk menjelaskan ini. Seratus orang lelaki yang buta telah keluar tanpa pemandu dari seratus bandar dan kampung-kampung di Malaya. Mereka telah disuruh untuk berjumpa di Singapura, dalam barisan dan berarak melalui jalan Nicoll Highway dalam susunan yang teratur berbaris sebagai sepasukan tentera yang telah terlatih dengan baik Engkau katakan tidak mungkin bagi seratus orang buta menemukan jalan mereka ke Singapura tanpa seorang pemandu jalan hendak mendapatkan seorang dengan yang lain lalu bergabung dalam barisan perarakan sempurna. 

Hal ini tidak mungkin terjadi dengan kebetulan saja. Kalau demikian, berapa banyakkah peluang yang ada pada bahagian-bahagian tubuh bertemu secara kebetulan satu perut, satu otak, satu jantung, satu hidung, dua mata, dua telinga, dua tanggan, dua lengan, satu hati dst. semuanya berkumpul dalam susunan yang teratur lalu semuanya mula bertugas pada masa yang sama? Tidak mungkin! Keajaiban tubuh manusia menyatakan, Tuhan yang menciptakan. Corak yang ada di dalam dunia kita ini menyerukan kepada kita akan adanya Seorang Pereka. Pandanglah ke langit di atas kepalamu. Pada masa senja apabila matahari terbenam di sebelah barat. Perhatikanlah bola yang berpijar yang menyalakan awan-awan. Tuhan, seorang Seniman yang tidak ada tandingannya, melukis pada kembes (canvas) langit suatu pemandangan yang sangat indah. Siapakah yang dapat memandang akan keindahan matahari terbenam lalu berkata Tidak ada Tuhan?

Senjapun tibalah. Seniman itu menghapuskan semua warna yang ada pada kembes itu. Bintang-bintang muncul satu demi satu sebagai permata dan manikam yang indah bertabur di langit. Pernahkah engkau cuba hendak menghitungnya? Para astronomer mengatakan kepada kita bahawa pada malam yang cerah ada kira-kira dua ribu bintang yang dapat dilihat dngan mata kita sendiri. Dengan pertolongan teropong jauh, maka 1,000,000,000 bintang dapat bergambar. Dan masih banyak lagi yang tak terkira banyaknya. Yang lebih menakjubkan lagi, maka benda-benda angkasa ini bukanlah benda-benda yang tidak bergerak yang tergantung di angkasa; semuanya sedang beredar dengan kecepatan yang luarbiasa dalam lingkaran yang teratur. Bulan mengedari bumi; bumi dan planet-planet mengedari matahari. Matahari sedang bergerak di angkasa lepas dengan kecepatan kira-kira 19 kilometer dalam satu saat. Dan matahari kita hanyalah satu daripada beribu-ribu juta bintang yang membentuk lingkaran galaksi atau bima sakti yang kita sebut Milky Way. Bima sakti kita, dengan beribu-ribu juta bima sakti yang lain sedang beredar dengan kecepatan yang luarbiasa pada pusat jagat raya. Saudaraku, tidak ada yang lain kecuali Tuhan yang maha -kuasa yang telah mereka akan gerakan jagat raya yang sangat rumit ini. Siapakah selain Pencipta sendiri yang dapat membimbing bintang-bintang yang tak terkira banyaknya dalam keadaan yang sangat tepat sehingga tidak ada bahaya pelanggaran atau pertembungan. Kita merasa sangat luarbiasa apabila sesorang ditembakkan ke dalam orbit dengan beberapa kapal angkasa yang beratnya satu atau dua tan saja. Tetapi bumi kita ini, beratnya. adalah 6,600,000,000,000,000,000,000 tan. Dan matahari demikian besarnya, yang dapat diisi dengan 1,000,000 bumi. Kalau demikian, alangkah kecilnya kital Dan alangkah besarnya Tuhan!

TUHAN MEMASUKI HUBUNGAN PERSAUDARAAAN SECARA PRIBADI DENGAN MANUSIA

A joyful family with two kids playing in a sunlit countryside setting, enjoying a summer day.

Adakah Tuhan yang agung ini mempunyai masa untuk memperhatikan kita? Dengarkanlah berita Tuhan bagi kita melalui suatu tulisan pada zaman dahulu kala: “Sebab beginilah firman Yang Mahatinggi dan Yang Mahamulia, yang bersemayam untuk selamanya dan Yang Mahamulia, yang bersemayam untuk selamanya dan Yang Mahakudus namaNya: “Aku bersemayam di tempat tinggi dan di tempat kudus, tetapi juga bersama-sama orang yang remuk dan rendah hati, untuk menghidupkan semangat orang-orang yang rendah hati, dan untuk menghidupkan hati orang-orang yang remuk.Yesaya 57:15.

Alangkah ajaibnya Tuhan yang telah menciptakan semesta dalam dan segala perkara yang ada di dalamnya telah memasuki hubungan persaudaraan secara peribadi dengan manusia. la berdiam dengan siapa saja yang rendah hatinya. Ia telah mengajarkan kita memanggil Dia Bapa kita. Ia telah mengatakan kepada kita bahawa la mengetahui segala sesuatu tentang kita, sampai dengan jumlah rambut yang ada di kepala kita. Ia mengetahui akan segala fikiran kita, kesusahan kita dan kegembiraan kita. Ia mendengarkan kita apabila kita berseru meminta pertolongan daripadaNya. la mahu memegang tangan kita dan membimbing kita sepanjang hidup kita. Dalam hati sanubari setiap orang ada kerinduan bagi Tuhan. Apabila seseorang menyambut akan kerinduan ini lalu menemukan Tuhan, maka tidak ada lagi kebimbangan tentang Tuhan dalam hatinya, kerana Tuhan-Pencipta yang agung memberi kepuasan kepada setiap keperluan dan kerinduan hati manusia. Tuhan memberikan sesuatu pandangan baharu, motif yang baharu, kesukaan yang baharu kepada semua mereka yang rela menerima Dia. Pandanglah ke atas, saudaraku, maka engkau akan melihat Tuhan Bapa memandang kepadamu dengan kasih-sayang.

0 0 votes
Article Rating
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Oldest
Newest Most Voted
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x