STAFF - Kisah Para Rasul

ARAHAN PENTING:

LANGKAH 1: Baca Alkitab

LANGKAH 2: Tulis refleksi anda khusus untuk kitab Kisah Para Rasul dalam ruangan komen (Comment Section) di bawah

Refleksi anda haruslah merangkumi ciri-ciri yang berikut:

  • Apa yang anda pelajari daripada kitab tersebut
  • Kisah atau ajaran yang menyentuh hati anda
  • Apa yang sedang Tuhan ajarkan kepada anda secara peribadi
  • Bagaimana anda dapat menerapkan pengajaran tersebut dalam kehidupan anda
0 0 votes
Article Rating
Subscribe
Notify of
guest
7 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Gwendolyne Richard
Gwendolyne Richard
5 days ago

Refleksi pembacaan kitab Kisah Para Rasul:

Dalam Kitab Kisah Para Rasul, selepas Yesus naik ke Syurga, gereja mula berkembang dimana Tuhan bekerja melalui para rasul dan dalam kehidupan orang yang percaya. Pada hari Pentakosta, Roh Kudus memberi para rasul hikmat dan keberanian untuk memberitakan Injil tanpa rasa takut agar penyebaran injil berlaku secara berterusan. Ini menunjukkan bahawa gereja tidak bergerak dengan kekuatan manusia semata-mata tetapi dengan kuasa Roh Kudus.

Dalam usaha para rasul menyebarkan injil, ramai orang percaya tetapi mereka juga menghadapi pelbagai tentangan dan penganiayaan. Contohnya, Paulus melakukan perjalanan misi ke banyak kota, memberitakan injil kepada bangsa lain. Di sini, saya mendapati bahawa Injil bukan hanya untuk seorang dan suatu tempat tetapi untuk semua bangsa kerana kasih Tuhan adalah untuk semua orang dan setiap orang mempunyai peluang untuk menerima keselamatan melalui iman. Dalam perjalanan penyebaran injil Paulus, banyak gereja ditubuhkan walaupun dia menghadapi banyak cabaran dan penderitaan sehingga dia ditangkap tetapi dia tetap bersaksi tentang Yesus. Selain itu, Stefanus juga dibunuh kerana imannya. Menjadi pengikut Tuhan bukan lah perkara mudah, tetapi kebenaran Tuhan tetap harus disebarkan.

Dalam hidup kita pada masa kini, kita juga tidak lari daripada cabaran seperti yang dialami oleh para rasul. Saya belajar bahawa iman bukan sekadar percaya, tetapi setia kepada Tuhan walau dalam kesusahan. Melalui pembacaan kitab ini juga, saya diingatkan bahawa Tuhan sentiasa bekerja dalam hidup saya sama ada dalam sedar ataupun tidak. Segala kesusahan atau kesulitan dalam hidup saya juga mungkin adalah cara Tuhan membuka jalan baru bagi saya.

Melalui pembacaan ini, saya didorong untuk lebih peka terhadap pimpinan Roh Kudus agar berani menyatakan iman saya melalui perkataan serta perbuatan dalam kehidupan harian kerana Tuhan boleh mengubah sesiapa sahaja. Saya harus percaya bahawa Tuhan memakai orang biasa untuk melakukan perkara luar biasa. Saya diseru bahawa ‘ Hidup ini adalah kesempatan’. Amen.

Jane Liew Zi Jing
Jane Liew Zi Jing
5 days ago

Acts mainly talk about the spread of gospel in the early Christian church from Jerusalem to Rome. With the help of the Holy Spirit and the commitment of the apostles, the Great Commission is accomplished.

After Jesus’s ascension, the Holy Spirit empowered the disciples to speak in other tongues and preach and perform miracles in Jerusalem, spreading the true gospel not only among Jews, but broaden also to gentiles, in Jerusalem,Judea,Samaria,Asia minor and Greece and Rome.The results is amazing when the holy spirit intercede.

Sadly opposition and persecution from local authorities and religious powers against the works of great commission is taunting and such great faith and continuous dependence on the power of the Holy Spirit and God is needed for the apostles and believers to persevere. If there is no power from heaven, what human can accomplish?

Paul’s trials and testimonials reminds me how crucial it is to know the gospel with good foundation and with a clear mind,wisdom from above and strengthened faith from above,to stand firm in our testimonies. We should prepare ourselves for what yet to come in the end times. The latter rain is expected to be soon and the gospel of the second comings of Jesus is very near. May we continue to prepare ourselves,grow with strong foundation and participate what we can in sharing the gospel to the whole world. God willing Jesus will come soon.

End of report

Roimon Kumin
Roimon Kumin
5 days ago

Shalom. Ringkasan Kitab Para Rasul
Tarikh habis baca. 26 April 2026

Pengenalan.
Kitab ini terdiri dari 28. Pasal 1-2 menceritakan tentang Yesus bersama murid-muridnya, Yesus terangkat ke syurga dan peristiwa pencurahan roh kudus yang pertama.
Peristiwa Penting
• Kenaikan Yesus dan Pencurahan Roh Kudus: Dimulai dengan janji Roh Kudus dan peristiwa Pentakosta, di mana para murid dipenuhi kuasa untuk memberitakan Injil. Mereka berbahasa asing yang dimengerti oleh orang dari pelbagai tempat.
• Pasal 3-5 Pelayanan Petrus: Menjadi tokoh utama. Melakukan mukjizat penyembuhan. Berskasi di mahkmah agama. Peristiwa Ananias dan Safira dan Petrus dipenjarakan dan keluar dari Penjara.
. Pasal 7-9 Peristiwa pembunuhan Stafanus dan
Pertobatan dan Pelayanan Paulus: Menceritakan transformasi Saulus yang dahsyat menjadi Rasul Paulus, serta tiga perjalanan misi besarnya untuk mendirikan gereja-gereja di Asia Kecil dan Eropa.
• Pertumbuhan di Tengah Penganiayaan: Meskipun menghadapi penolakan dan penganiayaan berat (seperti kematian Stefanus), Injil tetap tersebar luas melampaui batas bangsa Yahudi
Pasal 12-13 Pembunuhan Yakobus dan permulaan perjalanan penginjilan Paulus.
Pasal 14-28: Berkisar kepada perjalanan penginjilan Paulus ke Asia Tengah sehinggalah ke Roma
Kitab ini berakhir dengan Paulus yang berada di Roma, melambangkan bahwa Injil telah mencapai pusat kekuasaan dunia pada masa itu dan siap untuk terus tersebar ke seluruh dunia

Peninah Dorin
Peninah Dorin
5 days ago

Kisah Para Rasul
Penulis buku ini ialah Lukas.Ayat kunci “Tetapi Kamu akan menerima kuasa kalau Roh Kudus turun ke atas kamu dan kamu akan menjadi saksi -Ku di Jerusalem dan Di seluruh Yudea dan Samaria dan sampai ke hujung bumi”.Kerana Roh Kudus , orang-orang kristen di beri kuasa supaya mereka mampu menyelesaikan tugasan mereka.Sekarang Roh Kudus tetap tersedia untuk memberi kuasa kepada orang-orang percaya.Kita hendaknya meminta pertolongan Roh Kudus untuk memberi kita kekuatan ,keberanian dan wawasan guna menyelesaikan pekerjaan kita bagi Allah.Roh Kudus adalah penghibur dan penolong yang dijanjikan dan diberikan oleh Yesus ketika Yesus naik ke Sorga.Oleh iman,setiap orang percaya boleh menuntut kuasa Roh Kudus untuk melakukan pekerjaan Kristus.Kita adalah umat Allah dipilih menjadi bagian daripada rencana-Nya untuk menjangkau dunia.Dengan kasih dan oleh iman ,kita boleh mendapat pertolongan Roh Kudus ketika kita bersakai atau memberitakan injil.Bersaksi berguna bagi kita kerana menguatkan iman kita ketika Kita menghadapi orang-orang yang menentangnya.

Karen Kalianon - Girls Dorm Dean
Karen Kalianon - Girls Dorm Dean
5 days ago

Refleksi Peribadi Saya Selepas Membaca Kitab Kisah Para Rasul:

Setelah selesai membaca kitab Kisah Para Rasul, saya berasa sangat terinspirasi oleh kehidupan dan pelayanan para rasul yang sanggup berkorban demi menyebarkan Injil Yesus Kristus. Kitab ini menunjukkan bagaimana Roh Kudus bekerja dengan luar biasa dalam kehidupan orang percaya dan memimpin perkembangan gereja mula-mula. Saya belajar bahawa walaupun para rasul menghadapi pelbagai tentangan, penganiayaan, dan cabaran, mereka tetap teguh dalam iman serta setia melaksanakan tugas yang diberikan oleh Tuhan.
Ayat yang paling menyentuh hati saya ialah Kisah Para Rasul 5:29 yang berbunyi, “Kita harus lebih taat kepada Allah daripada kepada manusia.” Ayat ini menjadi peringatan yang sangat penting dalam kehidupan saya. Dalam dunia yang penuh dengan pengaruh dan tekanan daripada manusia, kadangkala kita berasa sukar untuk mempertahankan kebenaran. Namun, ayat ini mengajar saya bahawa ketaatan kepada Allah harus sentiasa menjadi keutamaan. Walaupun keputusan untuk mengikut kehendak Tuhan mungkin tidak disenangi oleh orang lain, saya percaya bahawa jalan Tuhan adalah yang terbaik dan membawa kepada kehidupan yang diberkati.
Peristiwa yang paling saya kagumi dalam kitab ini ialah pertobatan Saulus yang kemudiannya dikenali sebagai Paulus. Sebelum mengenal Yesus, Saulus merupakan seorang yang giat menganiaya dan membunuh pengikut Kristus. Namun, pertemuannya dengan Yesus dalam perjalanan ke Damsyik telah mengubah seluruh kehidupannya. Daripada seorang musuh gereja, dia menjadi seorang pemberita Injil yang berani dan setia. Kisah hidup Paulus menunjukkan bahawa tidak ada seorang pun yang terlalu jauh daripada kasih karunia Tuhan untuk diselamatkan.
Melalui kisah Paulus, saya belajar bahawa Yesus mempunyai kuasa untuk mengubah hidup seseorang sepenuhnya. Dia mampu mengangkat seseorang daripada kehidupan yang hina kepada kehidupan yang suci, daripada keadaan yang terkutuk kepada keadaan yang dihormati, dan daripada ketidakpercayaan kepada iman yang teguh. Perubahan yang berlaku dalam hidup Paulus menjadi bukti bahawa kasih dan kuasa Tuhan dapat mengatasi masa lalu seseorang. Hal ini memberikan saya harapan bahawa Tuhan juga mampu mengubah kehidupan sesiapa sahaja yang datang kepada-Nya dengan hati yang terbuka dan bersedia untuk bertobat.
Kesimpulannya, kitab Kisah Para Rasul telah menguatkan iman saya dan mengingatkan saya tentang pentingnya ketaatan kepada Allah dalam segala perkara. Saya juga semakin memahami bahawa Tuhan sanggup menggunakan sesiapa sahaja untuk melaksanakan pekerjaan-Nya, tidak kira bagaimana latar belakang mereka pada masa lalu. Doa saya adalah agar sentiasa berani mempertahankan iman, taat kepada kehendak Tuhan, dan membenarkan Roh Kudus memimpin kehidupan saya setiap hari. Saya mahu hidup sebagai saksi Kristus yang setia sebagaimana para rasul dan Paulus yang telah memberikan teladan yang luar biasa kepada semua orang percaya. Terima kasih. Amen.

Suzainah Tatim
Suzainah Tatim
5 days ago

Buku Kisah Para Rasul adalah kitab ke lima dalam perjanjian baru, secara umumnya kitab ini menceritakan sejarah permulaan dan perkembangan gereja Kristian awal selepas kenaikan Yesus ke syurga.
Disinlah bermulanya para murid-murid Yesus berdikari dalam maksud tanpa Yesus dalam tugas penginjilan. Tetapi walaupun tanpa kehadiran-Nya, Yesus tetap memimpin perluasan injil,menyebarkan berita baik dengan menghantar Roh Kudus untuk membantu para pengikut-Nya.
Tokoh dalam bacaan kitab ini yang menjadi pedoman kepada saya adalah mengenai perjuangan pertobatan Paulus iaitu dari seorang penganiaya jemaat menjadi rasul yang melakukan perjalanan misi ke pelbagai wilayah. Kisah Paulus menguatkan Iman saya dimna Tuhan yang kita sembah adalah Tuhan yang maha pengampun dan dia juga seorang perancang yang Agung.
Dia melihat setiap potensi yang ada dalam setiap individu. Tuhan tidak memandang dari sudut status, pendidikan, kekayaan untuk melakukan rencana-Nya. Bagi Tuhan segala ciptaan-Nya adalah sangat berharga. Cuma adakah individu tersebut mahu menerima atau Memilih untuk bersandar sepenuhnya kepada-Nya. Seperti Paulus yang mendengar suara Tuhan dan merelakan untuk digunakan Tuhan dalam rencana-Nya.
Refleksi kepada diri saya adalah percaya kepada proses rencana Tuhan kepada saya. Mungkin ia tidak terjadi seperti yang kita inginkan tetapi Tuhan tahu yang terbaik. Seperti juga bacaan dalam kitab Matius , amanat Agung Tuhan adalah untuk memperluaskan perkhabaran injil-Nya. Selain daripada firman Tuhan yang disebarkan, saya percaya melalui karakter juga Salah satu cara kita boleh menyebarkan injil Tuhan. Yang penting disini serahkanlah segala rencana mu kepada Tuhan kerana Ia lebih mengetahui apa yang terbaik. Amin!

Soulement Reuel Jenson
Soulement Reuel Jenson
4 days ago

Kesimpulan Kisah Para Rasul: Pengembangan Gereja dan Kuasa Roh Kudus

Kisah Para Rasul, yang ditulis oleh Lukas, merupakan kesinambungan daripada Injil yang mencatatkan sejarah awal gereja selepas kenaikan Yesus ke syurga. Fokus utama kitab ini bukanlah sekadar aktiviti para rasul, melainkan peranan **Roh Kudus** yang memimpin, memberi kuasa, dan menggerakkan komuniti orang beriman. Kitab ini bermula dengan peristiwa Pentakosta, di mana Roh Kudus dicurahkan ke atas para murid, mengubah mereka daripada sekumpulan orang yang ketakutan menjadi saksi-saksi Kristus yang berani dan berwibawa di Yerusalem.
Naratif Kisah Para Rasul menunjukkan bagaimana injil tersebar mengikut pola yang ditetapkan Yesus: bermula dari Yerusalem, ke seluruh Yudea dan Samaria, dan akhirnya ke hujung bumi. Kita melihat peralihan besar di mana mesej keselamatan mula diterima oleh orang bukan Yahudi (bangsa-bangsa lain). Peristiwa pertobatan Kornelius dan pelayanan Petrus menunjukkan bahawa Tuhan tidak membezakan orang mengikut bangsa. Gereja mula-mula digambarkan sebagai komuniti yang tekun dalam pengajaran rasul, persekutuan, pemecahan roti, dan doa, yang menjadi teladan bagi gereja sepanjang zaman.
Bahagian kedua kitab ini memberi tumpuan yang besar kepada pelayanan Rasul Paulus. Daripada seorang penganiaya gereja yang kejam, Paulus diubah menjadi misionari yang paling prolifik melalui pertemuan luar biasa dengan Yesus di jalan menuju Damsyik. Perjalanan misionari Paulus ke Asia Kecil dan Eropah menunjukkan cabaran yang dihadapi oleh gereja awal, termasuk penganiayaan, perdebatan teologi, dan tentangan budaya. Walau bagaimanapun, di tengah-tengah kesukaran, firman Tuhan terus berkembang pesat dan jumlah orang percaya semakin bertambah.
Secara keseluruhannya, Kisah Para Rasul berakhir dengan Paulus berada dalam tahanan rumah di Roma, namun tetap memberitakan Kerajaan Allah dengan penuh keberanian tanpa halangan. Ini melambangkan bahawa mesej Injil tidak boleh dipenjarakan oleh kuasa manusia. Kitab ini memberikan inspirasi bahawa misi Tuhan adalah usaha yang dinamik dan berterusan. Ia mengingatkan setiap orang beriman bahawa mereka adalah sebahagian daripada sejarah besar yang digerakkan oleh Roh Kudus untuk membawa terang Kristus kepada dunia yang gelap, sambil menantikan kembalinya Tuhan dengan penuh pengharapan.

7
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x