FORM 3B - Kisah Para Rasul

ARAHAN PENTING:

LANGKAH 1: Baca Alkitab

LANGKAH 2: Tulis refleksi anda khusus untuk kitab Kisah Para Rasul dalam ruangan komen (Comment Section) di bawah

Refleksi anda haruslah merangkumi ciri-ciri yang berikut:

  • Apa yang anda pelajari daripada kitab tersebut
  • Kisah atau ajaran yang menyentuh hati anda
  • Apa yang sedang Tuhan ajarkan kepada anda secara peribadi
  • Bagaimana anda dapat menerapkan pengajaran tersebut dalam kehidupan anda
5 1 vote
Article Rating
Subscribe
Notify of
guest
4 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Sonobey
Sonobey
1 month ago

Daripada kitab Kisah Para Rasul, saya belajar bahawa Tuhan bekerja melalui Roh Kudus dan menggunakan manusia untuk menyebarkan Injil. Saya belajar tentang keberanian para rasul dalam memberitakan firman Tuhan walaupun mereka menghadapi pelbagai cabaran, tentangan dan penganiayaan. Saya juga belajar bahawa kita perlu hidup dalam kasih, saling membantu, berdoa dan tetap percaya kepada Tuhan.

Kisah yang paling menyentuh hati saya ialah perubahan hidup Paulus. Dahulu, Paulus menganiaya orang Kristian, tetapi selepas dia bertemu dengan Yesus, hidupnya berubah sepenuhnya. Dia menjadi seorang yang berani dan setia memberitakan Injil walaupun menghadapi banyak penderitaan. Kisah Paulus mengajar saya bahawa Tuhan mampu mengubah seseorang dan memberikan peluang untuk memulakan kehidupan yang baru. Saya juga tersentuh dengan keberanian para rasul yang tetap memberitakan firman Tuhan walaupun mereka diancam dan menghadapi kesusahan.

Melalui kitab ini, Tuhan sedang mengajar saya supaya lebih berani, setia dan percaya kepada-Nya. Saya belajar bahawa saya tidak perlu takut menghadapi cabaran kerana Tuhan sentiasa menyertai saya. Saya juga perlu bergantung kepada Tuhan melalui doa dan firman-Nya serta tidak mudah berputus asa apabila menghadapi masalah.

Saya dapat menerapkan pengajaran ini dalam kehidupan dengan rajin berdoa dan membaca Alkitab, membantu orang lain serta menunjukkan kasih Tuhan melalui perbuatan saya. Saya juga mahu menjadi contoh yang baik kepada orang di sekeliling dan tetap percaya kepada Tuhan dalam setiap keadaan.

Kesimpulannya, kitab Kisah Para Rasul mengajar saya bahawa Tuhan mempunyai tujuan untuk setiap orang dan mampu menggunakan kita untuk melakukan perkara yang baik. Saya mahu terus bertumbuh dalam iman, berani melakukan perkara yang benar dan menyerahkan hidup saya kepada pimpinan Tuhan.

Jayden Lister
Jayden Lister
1 month ago

I just finished reading the book of Acts and I think the thing that stuck with me the most was Paul. Before this I mostly knew him as the guy who wrote a bunch of letters in the New Testament, but reading Acts showed me how much he actually went through. He gets arrested, beaten, stoned, shipwrecked, and thrown in prison, and he just keeps going. Even in Acts 20:24 he says “But none of these things move me, neither count I my life dear unto myself, so that I might finish my course with joy.” I cant imagine being that determined. Most of us would have quit after the first time we got beaten up for talking about our faith, but Paul just kept traveling to the next city and preaching again.
What makes it even crazier is where he started. In Acts 8 Saul is basicaly the villain of the story, approving of Stephens death and then going house to house dragging Christians off to prison. Acts 9:1 says he was “yet breathing out threatenings and slaughter against the disciples of the Lord.” Hes not just a skeptic who disagrees, hes actively hunting them down. If I was one of the early Christians I would have been terrified of this guy, and I probably would have prayed for God to stop him, not save him.
But thats exactly what God did, and I think thats the part that amazed me the most. On the road to Damascus Jesus stops him with a light from heaven and asks “Saul, Saul, why persecutest thou me?” (Acts 9:4). Then Saul goes from the persecutor to the one being persecuted, and he becomes one of the most recognizable people in the entire New Testament, not counting Jesus. A total 180. It made me think about how God is Almighty, but also how loving and forgiving he is. He could have just struck Saul down, and nobody would have blamed him, but instead he chose to forgive him and even use him for something huge.
I also liked how Ananias reacted when God told him to go find Saul. He was scared, which honestly makes sense, and he tells God basically “this guy has hurt so many of your people.” But God tells him “Go thy way: for he is a chosen vessel unto me” (Acts 9:15). That verse kind of blew my mind because God saw who Saul was going to become, not just who he was at that moment. It makes me wonder how many people I have written off in my own life that God might still have plans for.
Reading the rest of Acts, you can see how Paul’s whole life changed after that. He went from arresting Christians to being arrested for being one, and he never complained about it. When he and Silas were in prison in Acts 16 they were actually praying and singing hymns at midnight, which seems so backwards to me. Most people would be angry or scared, and they were worshipping. That kind of faith only makes sense if you really believe what you’re preaching.
Overall Acts showed me two things I want to remember. One is how brave and determined Paul was to keep spreading the gospel even when it cost him almost everything. The other is how much grace God has, because if he can turn someone like Saul around, then nobody is too far gone.

Aivan Glenn Malanjin
Aivan Glenn Malanjin
1 day ago

Saya sudah menghabiskan baca kitab Kisah Para Rasul,. Apa yang saya telah pelajari di kitab ini ialah saya melihat bagaimana Roh Kudus memberikan keberanian kepada para rasul untuk menyebarkan Injil dan membina komuniti orang percaya yang saling menyokong.

Selain itu, kisah yang menyentuh hati saya ialah saya sangat tersentuh melihat kesetiaan jemaat mula-mula yang hidup sehati dan sejiwa serta saling berkongsi sumber keperluan mereka.

Secara peribadi, Tuhan sedang mengajar saya agar tidak takut menghadapi cabaran dan belajar untuk lebih bergantung kepada kekuatanNya setiap hari.

Akhir sekali, penerapan dalam kehidupan saya ialah saya mahu lebih berani berkongsi kasih Tuhan melalui kata-kata dan perbuatan baik kepada semua orang di mana-mana saya berada seperti di sekolah ataupun di gereja.

Allyssandra Mikha Mission
Allyssandra Mikha Mission
23 hours ago

Melalui Kitab Kisah Para Rasul, saya telah mepelajari tentang keberanian yang datang daripada Tuhan untuk menghadapi sebarang ketidakpastian dalam diri kita. Contohnya, jemaat yang mula-mula tidak tahu apa yang akan terjadi pada masa depan mereka dan sering menghadapi ancaman tidak undur atau dikuasai oleh ketakutan. Hal ini mengajar saya bahawa apabila saya berjalan bersama Tuhan, saya tidak perlu takut dengan cabaran hidup kerana Dia akan sentiasa memberikan saya kekuatan untuk melaluinya.

Kisah yang paling menyentuh hati saya terdapat dalam Kisah Para Rasul 4:1-22, iaitu ketika Petrus dan Yohanes ditangkap dan disoal siasat oleh para pemimpin agama selepas menyembuhkan seorang lelaki lumpuh. Walaupun mereka dilarang untuk berbicara tentang Yesus, mereka dengan berani menjawab bahawa mereka tidak boleh berhenti bercakap tentang apa yang telah mereka lihat dan dengar.

Melalui pembacaan ini, Tuhan mengajar saya tentang kepentingan hidup berkawan dalam iman. Seperti Petrus dan Barnabas, mereka selalu berkumpul dan saling membantu pada waktu susah. Saya juga boleh berbuat sedemikian untuk lebih menguatkan iman saya bersama kawan-kawan saya.

Sebagai penutup dan langkah penerapan dalam kehidupan seharian, saya boleh melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti gereja seperti aktiviti AY atau aktiviti melawat ke gereja lain. Saya mahu membina hubungan yang rapat dengan kawan-kawan di gereja dan juga belajar berkongsi berkat dengan membantu orang lain yang memerlukan.

4
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x