FORM 3A - Injil Matius
ARAHAN PENTING:
LANGKAH 1: Baca Alkitab
LANGKAH 2: Tulis refleksi anda khusus untuk kitab Matius dalam ruangan komen (Comment Section) di bawah
Refleksi anda haruslah merangkumi ciri-ciri yang berikut:
- Apa yang anda pelajari daripada kitab tersebut
- Kisah atau ajaran yang menyentuh hati anda
- Apa yang sedang Tuhan ajarkan kepada anda secara peribadi
- Bagaimana anda dapat menerapkan pengajaran tersebut dalam kehidupan anda

1. Melalui kita matius, saya dapat belajar lebih banyak mengenai yesus seperti identiti Yesus sebagai mesias yang dia janjikan dan macam mana Beliau datang untuk menggenapi hukum Taurat. Mesej utama yang saya pelajari adalah Prinsip Kerajaan Allah yang diterangkan dengan sangat indah, terutama melalui Khotbah di bukit. Kitab Matius mengajarkan saya bahawa mengikut Yesus bukan hanya mematuhi peraturan agama saja tetapi juga melibatkan hati yang menyeluruh.
2. Kisah atau ajaran yang paling menyentuh hati saya adalah Khotbah di bukit, terutama dalam ayat Matius 6 : 25-34 yang mengatakan supaya Jangan kuatir tentang hidup. Peringatan bahawa Tuhan memelihara burung – burung di udara dan bunga bakung di ladang yang betul-betul menyentuh hati saya, kerana menunjukkan betapa besar kasih sayang Yesus dan keprihatinan Yesus terhadap hidup saya.
3. Apa yang sedang Tuhan ajarkan kepada saya secara peribadi melalui kitab ini ialah saya merasakan Tuhan sedang menegur saya dan mengajar saya untuk belajar berserah sepenuhnya kepada Tuhan. Saya selalu mencuba mengawal semua perkara dalam hidup saya sehingga muncul tekanan dalam diri saya. Melalui Kitab ini, Tuhan selalu membimbing saya untuk mendahulukan Kerajaannya dan kebenaran terlebih dahulu, serta percaya bahawa segala keperluan hidup akan dicukupkan olehnya pada masa yang tepat
4. Antara saya dapat menerapkan pengajaran tersebut dalam hidup saya ialah mengurus rasa kuatir, ketika saya rasa cemas tentang masa depan atau masalah yang saya hadapi, saya akan berdoa dan menyerahkan beban hidup saya kepada Tuhan. Selain itu, Mengubah keutamaan hidup, saya akan memastikan waktu teduh dan hubungan saya dengan Tuhan serta Keluarga dan kawan – kawan dapat menjadi semakin erat. Akhir sekali, Menunjukkan sikap kasih dan mulia kepada semua orang, saya mahu menerapkan ajaran untuk menjadi “garam dan terang dunia” dengan menunjukkan kasih serta kebaikan kepada keluarga, rakan – rakan dan orang – orang disekeliling saya melalui tindakan nyata.