YESUS AKAN DATANG DALAM ZAMAN KITA INI!

Salah satu penemuan yang paling menarik hati yang engkau akan dapati dalam mempelajari Alkitab adalah caranya Alkitab membentangkan masa hadapan. Pengetahuan yang terdapat di dalamnya mengenai perkara-perkara yang akan datang adalah bukti yang paling kuat bahawa Alkitab adalah kitab yang diberikan oleh Tuhan. Engkau dan saya dapat membayangkan mengenai peristiwa-peristiwa yang akan berlaku nanti, namun kita tidak pernah akan yakin dengan pasti. Bahkan orang yang bekerja di pejabat kaji cuaca, yang dibantu dengan alat-alat ilmiah yang paling moden, jarang sekali dapat meramalkan satu hari atau dua hari ke depan.

Sebaliknya, Yesus mengetahui masa depan dengan sempurnanya sebagaimana la mengetahui keadaan zaman hadapan. Siapakah yang dapat mengetahui tentang akhir dunia ini melebihi Yesus yang telah menciptakan segala sesuatu pada mulanya. Dan siapakah yang dapat melihat dengan jelas di masa hadapan melebihi Yesus yang telah ada sejak kekekalan?

TANDA-TANDA BAHAWA YESUS AKAN DATANG DALAM ZAMAN KITA INI

Setelah Yesus meyakinkan murid-muridnya bahawa la akan datang lagi, mereka pun datang kepadaNya dengan pertanyaan yang sungguh-sungguh: “Katakanlah kepada kami, bilamana itu akan terjadi dan apakah tanda kedatanganMu dan tanda kesudahan dunia?” Matius 24:3.

Jawapan Yesus terhadap pertanyaan ini adalah pasti dan jelas. Ia menyatakan, “Dan akan ada tanda-tanda.” Lukas 21:25. Inilah kepastian yang menggalakkan, Akan ada tanda-tanda, dan tanda-tanda itu, jikalau diperhatikan, akan menunjukkan dengan jelas masanya Yesus akan datang. Yesus telah memberikan tanda-tanda ini sendiri supaya dengan tanda-tanda ini manusia akan tahu bila kedatangan Nya telah dekat.

Alkitab dari permulaan hingga pada bahagian yang terakhir, berisi dengan nubuatan-nubuatan yang meramalkan keadaan-keadaan yang akan terjadi di dalam dunia pada masa yang mendahului kedatangan Yesus. Oleh kerana keadaan-keadaan yang sedang berlangsung sekarang ini, dapatlah kita mengetahui bahawa kita sedang hidup dalam zaman bila Yesus akan datang kembali ke dalam dunia pada kedua kalinya. Nubuatan-nubuatan ini, yang sedang digenapi sekarang ini di hadapan mata kita sendiri, adalah bukti-bukti bahawa Yesus akan datang kembali ke dunia dalam zaman kita ini.

Ya, “akan ada tanda-tanda.” Tanda-tanda di mana? Akan ada tanda-tanda di mana-mana” pada matahari dan bulan dan bintang-bintang, dan di bumi.” Lukas 21:25. Di mana pun kita melihat di bumi, di laut, atau di langit-tanda-tanda kedatangan Yesus dengan segera sedang dipertunjukkan. Di sini dibentangkan 10 Tanda Yang Besar, bukti-bukti atau kenyataan yang benar, bahawa Yesus akan datang dengan segera.

TANDA-TANDA PADA MATAHARI, BULAN, DAN BINTANG-BINTANG BAHAWA YESUS AKAN DATANG DALAM ZAMAN KITA INI.

Apakah tanda-tanda pada matahari, bulan dan bintang-bintang bahawa Yesus akan datang dalam zaman kita ini? Yesus meramalkan bahawa dalam masa yang mendahului kedatangan Nya, “matahari akan menjadi gelap, dan bulan tidak bercahaya.” Matius 24:29. Pada 19 haribulan Mei, tahun 1780, di dalam suatu wilayah yang luas, keadaan yang siang dengan tiba-tiba menjadi gelap tengah malam. Inilah Hari Gelap yang termasyhur itu yang menurut Kamus bahasa Inggeris Webster mengatakan: “Disebut demikian, disebabkan oleh kegelapan yang luarbiasa pada hari itu yang meliputi seluruh New England…Burung-burung menyanyikan kicauan mereka untuk malam hari, menghilang, dan menjadi senyap; ayam-ayam pun pergi berhinggap, binatang-binatang ternak mencari kandang mereka; dan pelita-pelita telah dipasang di dalam rumah-rumah.”

Yesus, dalam melanjutkan urutan tanda-tanda yang mendahului kedatanganNya kembali, berkata, “Dan bintang-bintang akan berjatuhan dari langit.” Matius 24:29. Bintang-bintang jatuh? Bagaimanakah ini boleh terjadi? Pada malam 13 haribulan November, tahun 1833, suatu ribut bintang-bintang yang berjatuhan telah meliputi dunia. Majalah The American Journal of Science melaporkan, “Hampir-hampir tidak ada tempat di angkasa yang tidak dipenuhi oleh bintang-bintang berjatuhan dalam setiap saat.”

 

PEPERANGAN DI ANTARA BANGSA-BANGSA ADALAH TANDA-TANDA BAHAWA YESUS AKAN DATANG DALAM ZAMAN KITA INI

Yesus meramalkan keadaan-keadaan yang paling teruk dan yang paling menyedihkan di seluruh dunia sebelum kedatanganNya. Selepas tanda-tanda pada matahari, dan pada bulan, serta pada bintang-bintang, Yesus meramalkan bahawa akan jadi “di bumi bangsa-bangsa akan takut dan bingung menghadapi deru dan gelora laut. Orang akan mati ketakutan kerana kecemasan berhubung dengan segala apa yang menimpa bumi ini.Lukas 21:25, 26.

Alangkah cepatnya perkataan-perkataan Yesus ini dalam abad yang keduapuluh ini, dengan dua perang dunia yang telah berlaku dalamnya dan akibat-akibat yang menakutkan! Sekarang ini, ancaman peperangan wujud dari segala pihak. Pada beberapa tahun yang lampau kita telah melihat usaha-usaha manusia yang terbesar telah dihancurkan, harapan-harapannya yang tertinggi telah dibinasakan, impian yang sudah lama diidam-idamkan telah dimusnahkan. Sekarang ini berbagai ketakutan muncul dalam bentuk-bentuk bom atom, roket-roket atom angkasa lepas, sinar-sinar maut. Sebagai akibatnya, kita melihat “orang akan mati ketakutan kerana kecemasan atau panik”

berhubung dengan segala apa yang menimpa bumi ini.” Lukas 21:26. Sampai pada peringkat ini ramalan Yesus mengenai masa hadapan sedang digenapi. Namun la tidak berhenti sampai sekian. Semua peristiwa yang menyedihkan ini, kata Nya, adalah tanda-tanda kedatanganNya kembali. Pada suatu hari kelak, di tengah-tengah kekacauan, kebingungan, dan kehancuran dunia ini, kedatangan Yesus menimpa kepada kita dengan tiba-tiba. “Pada waktu itu orang akan melihat Anak Manusia datang dalam awan dengan segala kekuasaan dan kemuliaanNya.” Lukas 21:27.

Apabila pengharapan dan kegembiraan serta damai hampir lenyap dari permukaan bumi, apabila semua yang baik dan yang indah telah dimusnahkan atau terancam, apabila ketahanan manusia telah mencapai titik yang terakhir, lalu dengan tiba-tiba langit akan terbelah dan Yesus akan datang memberikan kelepasan. Tidaklah hairan Yesus menambahkan perkataan-perkataan yang menghiburkan ini: “Apabila semuanya itu mulai terjadi, bangkitlah dan angkatlah mukamu, sebab penyelamatanmu sudah dekat.” Lukas 21:28. Inilah berita yang penuh pengharapan bagimu.

Angkatlah mukamul Kerana dengan segera engkau akan melihat saat yang paling mulia sepanjang zaman-berzaman, pembebasan besar-besaran yang telah Tuhan rencanakan dan janjikan sejak permulaan dunia ini. Angkatlah mukamu! dan ingatlah bahawa Tuhan tetap hidup dan mengasihi; bahkan sekarang ini pun la sedang bersedia hendak datang kembali ke dalam dunia pada kedua kalinya untuk menjemput milikNya.

KEMAJUAN MODEN ADALAH SUATU TANDA BAHAWA YESUS AKAN DATANG DALAM ZAMAN KITA INI

Seorang manusia memandang di sekitarnya dan berfikir, “Mengapakah semua kemajuan yang moden ini wujud?” Pada dua ribu lima ratus tahun dahulu, Alkitab meramalkan, “pada akhir zaman, banyak orang akan menyelidikinya, dan pengetahuan akan bertambah.” Daniel 12:4. Sesuai dengan sumber Alkitab ini, bahawa pada akhir zaman sebelum kedatangan Yesus akan ada suatu zaman kemajuan yang luar biasa dan dalam suatu hal yang tidak dapat dinafikan bahawa pada masa selama seratus tahun yang berlalu ini ramai orang yang telah menyaksikan kemajuan yang lebih besar daripada masa mana pun dalam sejarah dunia ini.

Setiap negara sekarang ini membanggakan akan universiti-universitinya, maktab-maktabnya, serta sekolah-sekolahnya. Selanjutnya, para saintis dari segala bangsa sedang mengadakan pengkajian lebih dalam lagi pada rahsia-rahsia alam. Pertambahan pengetahuan telah menghasilkan rekaan-rekaan yang tidak terhitung banyaknya, yang telah mengubahkan cara-cara hidup manusia. Kita sedang hidup di dalam suatu zaman baru dengan kemajuan yang luarbiasa, suatu zaman yang penuh dengan kehairanan yang tidak terkira banyaknya.

Perkembangan-perkembangan luarbiasa demikian telah berlangsung dengan sangat cepat, sukarlah difahamkan bahawa dunia sangatlah berbeza pada sekitar seratus tahun yang lampau. Dalam tahun 1850 belum ada kapal terbang, belum ada kereta, belum ada lori belum ada lampu letrik, belum ada sistem perhubungan telefon dan telegraf. Ubat-ubatan penyelamat manusia yang moden belumlah diketahui.

PERJALANAN YANG MENGHUBUNGKAN SELURUH DUNIA ADALAH SUATU TANDA BAHAWA YESUS AKAN DATANG DALAM ZAMAN KITA INI

Bersama-sama dengan bertambahnya pengetahuan ada suatu pengembaraan orang-orang yang belum pernah terjadi dalam sejarah dunia sebelumnya. Dalam “Akhir zaman itu, ramai orang yang akan ke sana sini, dan pengetahuan akan bertambah.” Daniel 12:4. Impak daripada bertambahnya pengetahuan, maka perjalanan yang meliputi sedunia telah bertambah pada akhir zaman. Berjuta-juta manusia yang terus-menerus sibuk pergi ke sana dan ke sini dengan kepal terbang, keretapi, kapal laut, dan kereta, sementara semuanya menghendaki kecepatan yang lebih jauh dan lebih cepat lagi dalam masa yang sesingkat-singkatnya. Apakah ertinya perkara-perkara ini? Perkara ini telah diramalkan di dalam nubuatan Daniel 12:4, yang memberi makna bahawa kita sedang hidup dalam masa yang akhir dan bahawa Yesus akan datang kembali ke dunia dengan segera.

BENCANA-BENCANA ALAM ADALAH SUATU TANDA BAHAWA YESUS AKAN DATANG DALAM ZAMAN KITA INI

Orang-orang dalam zaman moden bertanya, “Apakah ertinya bencana-bencana alam di atas daratan dan di laut, yang menyebabkan kapal karam, kemalangan keretapi, bencana alam di udara, angin taufan, gempa bumi dan banjir?” Mengenai masa sebelum kedatangan Nya, Yesus meramalkan, “Dan akan terjadi gempa bumi yang dahsyat dan di berbagai tempat akan ada penyakit sampar dan kelaparan, dan akan terjadi juga hal-hal yang mengejutkan dan tanda-tanda yang dahsyat dari langit.” Lukas 21:11. Peristiwa-peristiwa ini, telah menjadi sangat lazim dalam zaman kita ini daripada pernah dahulu dalam zaman mana pun dalam sejarah, yang memberi makna bahawa kedatangan Yesus telah semakin dekat.

PENIMBUNAN KEKAYAAN ADALAH SUATU TANDA BAHAWA YESUS AKAN DATANG DALAM ZAMAN KITA INI

Apakah maknanya penimbunan harta-benda dunia, daripada timbunan-timbunan emas milik para jutawan di pusat-pusat bandaraya dalam dunia ini? Yakobus, salah seorang pengikut Yesus, memandang pada zaman kita ini, mengatakan mengenai generasi kita ini, “Kamu telah mengumpulkan harta pada hari-hari yang sedang berakhir.Yakobus 5:3. Penimbunan harta kekayaan dengan cepat adalah suatu bukti yang menyatakan betapa dekatnya kita pada kesudahan dunia dan pada kedatangan Yesus.

JENAYAH DAN KEMEROSOTAN AKHLAK ADALAH TANDA-TANDA BAHAWA YESUS AKAN DATANG DALAM ZAMAN KITA

Manusia mengadakan pertimbangan: Apakah maknanya rumah tangga-rumah tangga yang hancur, hubungan sex yang bebas  dan cerai dengan mudah, jenayah, kemerosotan akhlak, penderhakaan anak-anak, ketidakadilan dan keinginan yang keras terhadap kepelesiran melawan Tuhan?

 Alkitab mengatakan, “Ketahuilah pada hari-hari terakhir akan datang masa yang sukar. Manusia akan mencintai dirinya sendiri dan menjadi hamba wang. Mereka akan membual dan menyombongkan diri, mereka akan menjadi pemfitnah, mereka akan berontak terhadap orang tua, dan tidak tahu berterimakasih, tidak mempedulikan agama, tidak tahu mengasihi, tidak mahu berdamai, suka menjelekkan orang, tidak dapat mengekang diri, garang, tidak suka yang baik, suka mengkhianat, tidak berfikir panjang, berlagak tahu, lebih menuruti hawa nafsu daripada menuruti Tuhan..sedangkan orang jahat dan penipu akan bertambah jahat, mereka menyesatkan dan disesatkan.” 2 Timotius 3:1 – 4, 13.

Nubuatan ini memberikan amaran mengenai:

  • Penderhakaan anak-anak,
  • Kemerosotan akhlak,
  • Sex bebas
  • Perceraian atau talak dengan mudah
  • Perzinahan
  • Gelombang meningkatnya jenayah

Segala perkara ini membawa makna bahawa pada zaman di mana kita hidup sekarang ini adalah “akhir zaman” atau “hari-hari terakhir” dalam sejarah dunia ini, Serta Yesus akan datang dalam zaman kita ini.

RANCANGAN-RANCANGAN DAMAI DAN PERSIAPAN-PERSIAPAN PERANG ADALAH TANDA-TANDA BAHAWA YESUS AKAN DATANG DALAM ZAMAN KITA INI ZAMAN KITA INI

Akan terjadi,” Alkitab menyatakan, “pada hari-hari yang terakhir.. bangsa-bangsa akan berduyun-duyun ke sana, dan banyak suku bangsa akan pergi serta berkata: Mari kita naik ke gunung Tuhan.” Mikha 4:1, 2. Sementara bangsa-bangsa mengatakan, Mari kita mengadakan kebangunan rohani secara besar-besaran, mereka juga mengadakan rancangan-rancangan bagi perdamaian. Mereka mengucapkan mengenai menghentikan pelaksanaan-pelaksanaan perang dan menggantikannya dengan tindakan-tindakan perdamaian. Mikha 4:3.

Sementara bangsa-bangsa berada di meja perdamaian membincangkan dan mencari perdamaian, sebab tidak ada pertahanan terhadap bom-H, mereka membeli senjata secara besar-besaran dan bersiap-siap untuk berperang. Memang inilah yang diramalkan oleh Yesus untuk hari-hari terakhir.

Bila Yesus kembali ke syurga pada sembilan belas abad yang lampau, la meramalkan dunia yang akan dipenuhi dengan “deru perang atau khabar-khabar tentang perang.” Kemudian, la menambahkan, “tetapi itu belum kesudahannya. Sebab bangsa akan bangkit melawan bangsa, dan kerajaan akan melawan kerajaan.” Matius 24:6, 7.

Suatu gambaran yang sungguh jelas! Perang dan khabar-khabar perang telah menjadi lazim dalam suatu dunia yang berdosa ini, tetapi tanda yang sungguh dan baru yang telah Yesus berikan kepada kita sekarang ini adalah perang dunia! Peperangan yang meliputi seluruh dunia menjadikan zaman kita ini lain dari zaman- zaman sebelumnya.

Perang dan khabar-khabar- perang” yang meliputi seluruh dunia ini telah mengadakan “bangsa-bangsa akan takut dan bingung….” orang akan mati ketakutan kerana rasa cemas dan panik berhubung dengan segala apa yang menimpa bumi ini, sebab kuasa-kuasa langit akan goncang.” Lukas 21: 25, 26. Suatu gambaran yang sungguh tepat mengenai dunia kita yang moden ini! Sesungguhnya, seperti yang telah dijanjikan, Yesus akan datang dalam zaman kita ini.

KEMAJUAN PEMBERITAAN INJIL SEDUNIA ADALAH SUATU TANDA BAHAWA YESUS AKAN DATANG ZAMAN KITA INI

Mengenai hari yang mendahului kedatangan Nya, Yesus menubuatkan, “Dan Injil Kerajaan ini akan diberitakan di seluruh dunia menjadi kesaksian bagi semua bangsa, sesudah itu barulah tiba kesudahannya.Matius 24;14. Tepat seperti yang telah diramalkan, maka injil telah merebak ke pelosok-pelosok di seluruh dunia kita ini, di Asia, di Afrika, di Amerika, di Eropah, dan di pulau-pulau di seberang lautan. Pada zaman ini injil Yesus sedang dikhutbahkan kepada hampir setiap bangsa.

BERAPA SEGERA, YESUS AKAN DATANG?

Generasi kita telah mengamati dan sedang melihat ketakutan dan kesukaran, bertambahnya pengetahuan, perjalanan dan perhubungan sedunia tanpa sempadan, kesengsaraan dan bencana-bencana alam, penimbunan kekayaan dengan cepat, mogok-mogok dan rusuhan-rusuhan, dosa-dosa dalam pergaulan, meningkatnya jenayah, rencana-rencana damai yang mengesankan, persiapan-persiapan perang yang tak ada tandingannya, dan injil Yesus yang meliputi seluruh dunia. Apakah maknanya kegenapan nubuatan-nubuatan ini? Setelah menghuraikan peristiwa-peristiwa yang menjadi ciri-ciri masa yang mendahului kedatanganNya yang kedua kali, Yesus mengakhiri ucapannya dengan mengatakan, “Aku berkata kepadamu, Sesungguhnya angkatan ini tidak akan berlalu, sebelum semuanya ini terjadi.” Matius 24:34. Kesimpulannya adalah jelas: Generasi yang telah melihat tanda-tanda nubuatan ini akan melihat Yesus datang kembali ke dunia pada kali yang kedua. Yesus akan datang kembali dalam zaman kita ini.

YESUS DAPAT SEDIAKAN KITA BAGI KEDATANGANNYA

Oleh kerana la dapat melepaskan dunia dari satu-satunya perkara yang menyakitkannya, maka kedatangan Yesus adalah pengharapan dunia. Penyakit dunia adalah dosa. Dosa adalah pekerjaan iblis. Yesus telah mati di Golgota untuk menetapkan kebinasaan iblis dan dosa dari atas bumi. “Sebabnya Anak Tuhan muncul adalah untuk membinasakan segala perbuatan iblis.” 1 Yohanes 3:8. Apabila dosa dan iblis dibinasakan, maka damai akan memerintah. Yesuslah pengharapan dunia ini.

Yesus telah membuka suatu jalan kelepasan bagi dunia kita yang moden ini, dan Dia telah membuka suatu jalan kelepasan bagi manusia di abad keduapuluh yang terpaksa hidup dalam dunia kita ini. Yesus menawarkan suatu pengharapan dunia sekarang bagi setiap manusia yang ingin bersedia bagi kedatanganNya. Yesus yang sama, yang akan datang nanti dan menyembuhkan segala penyakit dunia dengan memusnahkan dosa dari permukaan dunia ini, sekarang ini menawarkan diri untuk masuk ke dalam hatimu dan memusnahkan dosa dalam kehidupanmu. “Engkau akan menamakan Dia Yesus, kerana Dialah yang akan menyelamatkan umatNya dari dosa mereka. Matius 1:21. Yesus dapat memusnahkan dosa dalam hidupmu sekarang dan memberikan damai kepadamu sekarang.

la tidak menjanjikan suatu hidup yang senang-lenang sekarang. Ia tidak menjanjikan kebebasan dari segala kesakitan dan penyakit. Bahkan tidaklah la menjanjikan kelepasan dari segala penyakit dan kesengsaraan dunia sekarang ini. Namun Yesus menjanjikan suatu pengalaman kelepasan dari dosa dalam kehidupan sekarang ini juga.

Orang yang telah datang kepada Yesus dengan penyerahan sepenuhnya mungkin mengalami kesengsaraan dan kesukaran yang meliputi dia dari segala penjuru, namun bagi sesiapa yang hatinya tetap dipenuhi oleh damai. Yesus berkata, “Semuanya itu Kukatakan kepadamu, supaya kamu beroleh damai sejahtera dalam Aku Dalam dunia kamu menderita penganiayaan, tetapi kuatkanlah hatimu; Aku telah mengalahkan dunia.” Yohanes 16:33. Yesus adalah Pengharapan setiap hati yang menderita sakit akibat dosa dan Dia dapat melepaskan setiap peribadi dari cengkeraman dosa. Pengalaman peribadi telah membuktikan ini.

0 0 votes
Article Rating
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Oldest
Newest Most Voted
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x