BATU YANG TEGUH UNTUK LANDASAN HIDUPMU!
Pemandangannya sangat indah, tak seorang pun yang dapat meneka, bahawa itulah suatu perangkap maut. Gumpalan ais besar yang putih kebiru-biruan terbentang di atas suatu laut yang biru dan dalam, sementara beberapa ekor ikan paus berlompatan sambil menyelam di antara gumpalan ais itu. Para serigala laut yang terlentang sedang tidur di atas ais, sambil mengelipkan mata kepada burung-burung penguin yang sedang berarak mundar-mandir dengan fizikal mereka yang putih hitam, atau mencebur dengan perut mereka untuk meluncur. Di udara di atas kepala mereka, burung-burung laut terbang berkelilingan dengan lemah-gemalai dan tenang. Kini dan kemudian hujan hablur ais yang turun perlahan-lahan menembusi sinar matahari, memberikan gambaran suatu keindahan yang permai.
Ke dalam pemandangan yang demikian, dalam tahun 1915, datanglah Ernest Shackleton serta dengan dua puluh tujuh orang anak buahnya dalam kapal mereka yang baik Endurance dalam perjalanan mereka menuju ke Antartik. Rancangan mereka adalah untuk berjalan kaki hendak melintasi seluruh benua itu, melalui Kutub Selatan dalam perjalanan mereka. Kini mereka berada pada tempat yang dua ratus batu jaraknya dari daratan.
Tetapi sebelum mereka mencapai tempat mereka untuk berlabuh, mereka haruslah berbiku-biku melalui semua gumpalan ais tersebut. Dan sementara melalui ketulan ais yang banyak, maka perjalanan mereka semakin lambat. Tibalah masanya bila akhirnya mereka tak dapat maju lebih jauh lagi. Lagi suatu angin yang dahsyat mulai bertiup, dan berterusan sampai selama enam hari. Bila matahari terbit pada hari yang ketujuh, mereka mendapati bahawa mereka telah dikelilingi oleh ais sejauh yang mereka dapat lihat. Kapal Endurance telah tertanam di dalam suatu keping coklat.
Berbulan-bulan lamanya kapal itu tak berdaya. Segala usaha untuk melepaskannya adalah tidak berjaya. Lalu malam kutub yang panjangpun menyelubungi sekeliling kapal itu sama pejal dengan ais, yang menyelubungi orang-orang itu dalam kegelapan. Mereka sangatlah kesepian dan ketakutan! Ketika kepingan ais terpukul pada kapal Endurance dengan kekuatan yang berjuta-juta tan, maka kayu balak yang besar pada sampingnya menjadi bengkok serta mengadakan bunyi yang dahsyat, lalu patah dengan denturan seperti bunyi, tembakan bedil. Bagaikan binatang yang hendak putus nyawa kapal itu bergetar dan bergerak. Kemudian badan kapal yang telah hancur luluh itu didorong dengan kekuatan yang besar sehingga menukik tertanam pada batu-batu ais yang besar. Kapal itu telah karam!
Kita juga, sedang berada di atas sebuah kapal yang hendak binasa, seperti orang-orang yang berada di atas kapal Endurance. Dunia kita ini dikelilingi oleh berbagai bahaya yang besar yang menyelubunginya bagaikan suatu kepingan ais besar dan jahat. Telah ramai manusia di dalam dunia ini menjelang setiap tahun kemudian, nanti penduduk bumi akan berlipat ganda. Dengan melimpahnya penduduk muncullah bandar-bandar yang berlebihan penduduknya, kekurangan makanan, harga-harga yang tinggi, pengotoran air dan udara, dan makin habisnya sumber-sumber alam dalam bumi. Selain daripada ini, penghasilan senjataan meningkat, makin banyak bangsa-bangsa yang memiliki bom atom, ditambah dengan keadaan manusia yang jahat, maka keadaan dunia ini sangat menakutkan. Semakin dekatnya masalah-masalah ini, para pemimpin dunia sedang berusaha mati-matian namun sia-sia. Masanya semakin dekat. Berapa lamakah lagi dunia kita dapat bertahan?
Bagaimanakah Kita Boleh Mendapat Ketenteraman Dalam Suatu Dunia Seperti Ini?
Bila Shackleton dan para anak buahnya melihat kapal mereka telah binasa, mereka meninggalkan kapal itu, keluarkan semua kapal penolong mereka serta dengan semua bekalan mereka, lalu berkhemah di atas ketulan ais. Tak lama kemudian, kapal Endurance itu terbenam ke dalam laut lalu ditutupi oleh ais. Kapal itupun lenyaplah. Suatu perasaan kesepian yang menyakitkan menimpa kepada setiap penumpang kapal itu. Tak seorang pun di atas dunia ini yang mengetahui akan nasib mereka yang buruk itu. Tak seorang pun di atas dunia ini yang dapat menolong mereka. Mereka telah terdampar di atas suatu laut Antartik yang beku. Seringkali anda dan saya juga merasa sepi. Bahkan walaupun kita tinggal di rumah pangsa atau di rumah panjang, yang dikelilingi oleh saudara-mara kita, kita masih merasa sepi. Bahkan di dalam suatu bilik sekolah atau di dalam sebuah bas yang penuh sesak di bandar sekalipun. Apakah Kesepian Yang Kita Rasakan Ini? Kesepian adalah suatu perasaan yang menyakitkan, yang tak seorangpun dapat mengerti atau menolong engkau.
- Kesepian adalah mendengarkan ayah dan ibumu bertengkar, sementara engkau tunduk ketakutan di bilik yang di sebelahnya, berharap agar rumahtanggamu tidak akan hancur.
- Kesepian adalah melihat kepada senarai nama-nama mereka yang lulus dalam peperiksaan mereka, dan mendapati namamu tak terdapat di situ.
- Kesepian adalah duduk di luar pagar sambil memandang mereka yang sedang asyik menikmati dan bersenang-lenang lalu engkau mengharapkan mereka menjemput masuk ke dalam lingkungan mereka. Kesepian adalah mendapat dirimu sendiri telah ketagihan dengan kebiasaan yang dahsyat yang engkau sendiri takut hendak memberitahu kepada ibubapamu.
- Kesepian adalah mendapat bahawa engkau telah hamil dan teman lelaki telah meninggalkan anda.
- Kesepian adalah meninggalkan rumah dan sekolah untuk berkhidmat bagi negara – dalam satu tangis tentera yang penuh sesak atau dalam medan pertempuran yang berpijar-pijar.
- Kesepian adalah mendongak kepada bintang-bintang di malam hari dan berseru, “Adakah orang di atas sana yeng dapat menolong saya?” dan engkau hanya mendengarkan gema suaramu sendiri.
Apakah Yang Anda buat Bila Merasa Sepi Dan Takut?
Para anak buah Shackleton berusaha mendapatkan keselamatan, namun sia-sia. Mula-mula mereka cuba berjalan melintasi daratan salji itu, tetapi mereka tak dapat membawa bekalan mereka melalui bukit-bukit ais yang besar. Kemudian mereka membuat khemah di atas sekeping floe ais, tetapi apabila matahari makin bertambah panas, ais itu makin lembut dan mencair di bawah kaki mereka. Pada suatu hari yang dahsyat floe itu mula berjonkang-jongkit di bawah mereka sehingga mereka seakan-akan berada di alas dada raksaksa yang sedang tidur. Lalu tiba-tiba floe itu terbelah tepat di tengah-tengah khemah mereka dan mula terpisah. Para anakbuah kapal itu.
Di Manakah Engkau Mencari Keselamatan?
“Dari ibubapa, kaum keluarga, kawan-kawan,” engkau kata. “Saya bergantung pada kekasihku untuk mendapatkan perlindungan dan bantuan.” Kepingan ais yang rapuh! Memang kita semua memerlukan kaum keluarga dan kawan-kawan, namun kita tahu bahawa kita tak dapat berharap kepada mereka selama-lamanya. Kita dapat terpisah daripada mereka oleh kematian atau bencana, atau ditinggalkan oleh mereka. Kita tak dapat berharap kepada orang-orang lain untuk memeliharakan kita. “Dengan pendidikan!” engkau kata. “Kalau saya belajar bersungguh-sungguh dan mendapat angka-angka yang tinggi, maka saya dapat berjaya dalam kehidupan.” Kepingan ais yang nipis! Memang pendidikan ada tempatnya, namun pendidikan itu tak dapat menyelamatkan engkau daripada kejahatan yang berdiam di dalam hatimu. Lihatlah akan orang-orang yang berpendidikan yang telah merosakkan hidup mereka sendiri. “Dengan ilmu sains!” engkau kata. “Ilmu sains mengandungi ubat bagi semua masalah-masalah dunia.” Kepingan ais yang memperdayakan! Ilmu Sains mempunyai kuasa bukan hanya berkhidmat bagi dunia, tetapi juga dapat memusnahkan dunia. “Wang, harta benda barang-barang!” engkau kata. “Kalau saya mendapat wang yang cukup, saya tak perlu takut akan kemiskinan atau kekurangan. Saya dapat memperolehi apa saja yang dikehendaki oleh hatiku. Maka saya akan aman.” Kepingan ais yang busuk! Kekayaan dapat menjadi lumpur di bawah kakimu.
Wang yang bertakhta “dengan aman” di dalam bank dapat lebur menjadi setengah daripada harganya semula dalam semalam. Harta benda dapat dicuri, hilang, atau musnah. Atau engkau boleh bekerja keras untuk memperolehi kekayaan sehingga engkau kehilangan kesihatan atau kehilangan kehidupanmu sendiri lalu apakah yang menjadi milikmu? Wang bukanlah harapan untuk menjadi landasan hidupmu. “Kesenangan (atas sifat materialisme)!” engkau kata “Berilah kepada saya masa untuk bersenang-lenang melalui restoran, dewan tarian, panggung wayang, kelab malam! Maka saya akan puas dengan kehidupan.” Kepingan ais yang mengkhianat! “Kesenangan (atas sifat materialisme)!” hanya dapat menjamin engkau untuk sejenak saja, lalu akan menjerumuskan engkau ke dalam air ais kekecewaan. “Kesenangan (atas sifat materialisme)!” akan membawa engkau ke dalam rasa jemu dan kesakitan lalu engkau kehilangan semuanya.
“Minuman keras, dadah!” orang lain cadangkan. “Saya hendak melupakan segala kesulitan hidup saya dan mencari kebahagiaan di alam yang tak nyata. “Kepingan ais yang kejam! Sementara engkau terbaring tak berdaya di dalam impianmu, maka penunjang ini akan menghancurkan engkau ke dalam maut. “Saya sendiri engkau kata.” Saya tak mahu bergantung kepada orang lain, supaya saya jangan kecewa. Saya akan bergantung pada otak dan otot-otot saya sendiri. Saya akan maju, akan berjaya, saya akan mencari keselamatan saya sendiri dengan segala usaha saya sendiri.” Perahu yang rapuh di atas laut yang kejam! Alangkah mudahnya engkau dapat karam dalam gelombang hidup yang bersari. Alangkah mudahnya perahumu yang kecil itu ditutupi oleh gelombang kesedihan, yang didorong oleh berbagai arus dosa, yang terpecah daripada berbagai batu bencana! Beranikah engkau berlayar di laut lepas dengan perahu sekecil itu? Tidak, bila hendak mendirikan suatu kehidupan, maka engkau memerlukan sesuatu yang teguh di bawah kakimu – Sesuatu yang dapat menahan engkau sesuatu yang keras, tak bergerak, tak dapat karam. Hanya ada satu jalan saja untuk mendapatkan ketenteraman di dalam dunia ini. Jalan itu adalah dengan meletakkan kaki di atas Batu Yang Teguh. Ada sekeping batu yang dapat engkau menaruhkan kakimu, yang akan dapat menahan engkau. Ada sekeping batu yang sanggup berdiri tak bergerak. Walaupun dipukul oleh ribut dan hujan serta laut.
APAKAH BATU ITU DAN BAGAIMANA KITA BOLEH MENDAPATKANNYA?
Pada beberapa abad yang lampau seorang yang bijak pernah menulis:
“Ya Tuhan, bukit batuku, kubu pertahannanku dan penyelamatku, Tuhanku, gunung batuku, tempat aku berlindung Ketika aku dalam kesesakan, aku berseru kepada Tuhan, kepada Tuhanku aku berteriak minta tolong. la mendengar suaraku dan baitNya, teriakku minta tolong kepadaNya sampai ke telingaNya la menjengkau aku dari tempat tinggi, mengambil aku, menarik aku dari banjir. la membawa aku ke luar ke tempat lapang, la menyelamatkan aku, kerana la berkenan kepadaku. Sebab siapakah Tuhan selain daripada Tuhan, Dan siapakah gunung batu, kecuali Tuhan kita? Mazmur 18:3, 7, 17, 20, 31.
Gunung batu yang dapat menjadi landasan hidupmu adalah Tuhan Sendiri. Dialah satu-satunya yang cukup besar dan kuat serta cukup teguh untuk menjadi tempat landasan hidupmu. Dia dapat tertanam di bawahmu, menyokong engkau dan menahan engkau sehingga engkau tak pernah tinggal sendirian. Dengan kehidupanmu yang berdiri di atas Dia, maka engkau dapat tahan dalam segala ribut kehidupan
Mungkin Engkau Mahu Mengetahui Lebih Banyak Tentang Tuhan ini.
Siapakah Dia?
Bagaimanakah engkau dapat pastikan bahawa la ada?
Adakah Dia memerhatikan engkau?
Sanggupkah Dia menolongmu?
Bila engkau berseru kepadaNya, mahukah Dia menjawab?
Mungkin engkau mempunyai pertanyaan-pertanyaan yang engkau perlukan
jawapannya:
Siapakah saya?
Untuk apakah saya berada di sini?
Hendak ke manakah saya ini?
Masih adakah kehidupan sesudah kematian?
Apakah maknanya hidup itu?
